Jualan kereta Mitsubishi di Malaysia melonjak ketara

Jualan kereta Mitsubishi di Malaysia melonjak ketara

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, merekodkan 91 peratus lonjakan jualan kepada 17,489 unit tahun lalu.

MMM dalam satu kenyataan berkata, pencapaian lebih baik berbanding 2020 itu dipacu sumbangan jualan model Mitsubishi XPANDER yang merangkumi 7,394 unit bagi tempoh Januari hingga Disember 2021.

“Pencapaian jualan ini menobatkan XPANDER sebagai ‘crossover’ tujuh tempat duduk Jepun terlaris di Malaysia,” katanya.

Selain XPANDER, trak pikap Mitsubishi Triton turut menyumbangkan jualan signifikan 9,268 unit tahun lalu, merangkumi peningkatan 34 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, berkata walaupun berdepan tahun mencabar akibat COVID-19, syarikat itu gembira kerana XPANDER menikmati prestasi jualan kukuh hasil lanjutan insentif pengecualian cukai jualan oleh kerajaan.

“Keputusan kerajaan ini pastinya membantu industri untuk mengekalkan ketahanan semasa fasa yang mencabar ini.

“Di MMM, kami kini mencapai kemajuan untuk meningkatkan jumlah pengeluaran model XPANDER, bagi memenuhi kapasiti pengeluaran yang lebih tinggi, dan memenuhi semua permintaan tempahan,” katanya.

Ikeda berkata, pertumbuhan berterusan pasaran MMM berbanding tahun sebelumnya adalah petanda bahawa ia sedang bergerak ke arah pemulihan.

“Sambil menantikan pertumbuhan dan kemajuan ke tahun 2022, kami mendengar maklum balas setiap pelanggan mengenai produk dan perkhidmatan serta akan terus menambah baik untuk pengalaman pemilikan dengan standard tertinggi,” katanya. BH

Jualan kereta Mitsubishi di Malaysia melonjak ketara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker