Gara-Gara Kentut Berlebihan ..Wanita Jual Kentut Dalam Balang Masuk Hospital

Gara-Gara Kentut Berlebihan ..Wanita Jual Kentut Dalam Balang Masuk Hospital

Perniagaan ‘pelik’ bekas bintang realiti di Washington, Stephanie Matto sebelum ini pernah menjadi bualan apabila dia meraih pendapatan RM200,000 seminggu hanya dengan menjual kentut.

Seorang bekas bintang realiti televisyen di Amerika Syarikat yang menjana pendapatan sebanyak AS$200,000 (RM838,500) dengan menjual kentutnya di dalam balang,  dimasukkan ke hospital akibat kentut terlalu banyak, lapor laman berita MailOnline semalam.



Steph Matto, 31, dari Connecticut  dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital selepas mengalami kesakitan pada dadanya.

Dia pada mulanya menyangka diserang sakit jantung atau strok dan akan meninggal dunia pada bila-bila masa.

Doktor melakukan ujian darah terhadap Matto dan kemudian memaklumkan bahawa gejala yang dialami wanita itu adalah kerana badannya menghasilkan terlalu banyak angin yang berpunca daripada amalan pemakanannya yang kerap memakan telur, kekacang dan pisang.



“Saya fikir saya diserang sakit jantung atau strok. Saya telah melakukannya secara berlebihan,” katanya.

Matto mula menjual kentut pada November tahun lalu selepas menerima permintaan daripada laman web dewasa Unfiltrd.



“Saya sukar bernafas dan setiap kali saya cuba untuk bernafas, saya berasa seperti hati saya dicubit,” katanya.

Matto dinasihatkan untuk mengubah dietnya dan mengambil ubat penahan angin. Dia juga telah berhenti daripada menjual kentutnya. – AGENSI

Gara-Gara Kentut Berlebihan ..Wanita Jual Kentut Dalam Balang Masuk Hospital



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lumayan! Jual Kentut Dalam Balang, Bintang Realiti TV Raih RM200,000 Seminggu [VIDEO]

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker