SKS Airways sudah dapat lesen untuk beroperasi

Sebaran :

SKS Airways sudah dapat lesen untuk beroperasi

SKS Airways, sebuah syarikat penerbangan komersial baharu di Malaysia telah menerima Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) penuh berkuat kuasa 1 Januari lalu daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Pengarahnya, Datuk Rohman Ahmad berkata, dengan adanya ASL itu, syarikat berkenaan akan memulakan operasi penerbangan tidak lama lagi.

”Dua tahun kebelakangan ini adalah tempoh sukar untuk industri penerbangan dan pelancongan kerana pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan pintu peluang akan terbuka perlahan-lahan,” katanya dalam kenyataan di sini.



Menurutnya, SKS Airways juga bekerja keras dalam tempoh itu untuk memperkenalkan syarikat penerbangan komersial baharu yang memfokuskan kepada laluan yang tidak mendapat perkhidmatan udara.

SKS Airways telah diperbadankan pada 13 November 2017 dengan kepentingannya dikuasai oleh rakyat Malaysia.

SKS Airways adalah sebahagian daripada syarikat Kumpulan SKS. Kumpulan SKS diasaskan pada tahun 1983 dan kini sebuah organisasi berbilang disiplin dengan perniagaan teras yang merangkumi pembangunan hartanah, pegangan pelaburan, hospitaliti dan kewangan kredit di Malaysia dan Australia. MG

SKS Airways sudah dapat lesen untuk beroperasi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *