RON97 naik tiga sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik tiga sen daripada RM3 seliter kepada RM3.03 bagi tempoh 6 hingga 12 Januari ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal masing-masing pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh sama.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.
Menurutnya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama
RON97 naik tiga sen, RON95 dan diesel kekal
Baca Artikel Menarik:
- Long Tiger JR seronok kira duit
- Sajat buka bisnes di Australia, tawar peluang pekerjaan
- Irwansyah ditipu adik sendiri, kerugian RM1.5 juta
- MN adalah tanda kesyukuran kepada Allah – Nik Abduh
- Azmin Ali jadi TPM seterusnya?
- Jangan terkejut jika PAS tinggalkan Bersatu
- Ketua Penerangan Armada disekolahkan kerana kritik Shahril Hamdan
- Muda menghormati hak mereka (minum bir) – Syed Saddiq
- Derma RM5 Kena Ludah – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Berhadapan Pengemis Rohingya (Video)
- KWSP i-Citra: Beri rakyat buat pilihan – Najib
- Former Teacher Shocked To See Siew Pui Yi’s Nudes On Penthouse
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)