Langgar kenderaan polis, 2 lelaki ditahan

Langgar kenderaan polis, 2 lelaki ditahan

ALOR SETAR: Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan demi keselamatan selepas dua lelaki yang menaiki sebuah lori melanggar kenderaan polis.

Dalam kejadian jam 5.45 pagi tadi, dua lelaki itu dipercayai bertindak demikian sebaik tiba di kawasan Kampung Belat, Kubur Panjang, Pendang selepas menyedari mereka diekori polis.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata lori itu dipercayai diekori polis dari Gerik, Perak menghala ke Baling dan ke Sik sebelum menghala ke Pendang.

Beliau berkata, tindakan mencurigakan lori berkenaan menyebabkan anggotanya terus mengekori kenderaan itu sehingga ke Pendang.

“Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 28 tahun itu akhirnya berjaya ditahan di daerah berkenaan.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati, kedua-duanya positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, hasil pemeriksaan terhadap lori berkenaan mendapati ia bersangkut dengan kes kehilangan kenderaan di Kepala Batas, Pulau Pinang mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574).

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut terhadap lori dan kedua-dua lelaki terbabit menemui 0.34 gram ketulan dan serbuk kristal syaki syabu.

“Siasatan lanjut juga mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan narkotik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu cubaan bunuh dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu memiliki dadah.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, manakala bagi memiliki dadah boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara atau denda sehingga RM5,000,” katanya. BH

Langgar kenderaan polis, 2 lelaki ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker