Pemandu lori sakit jantung langgar 3 kenderaan

Sebaran :

Pemandu lori sakit jantung langgar 3 kenderaan

Video tular mendakwa lelaki mabuk menjadi punca lori dipandunya terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan lain tidak benar, sebaliknya lelaki itu mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh, semalam.

“Kita mengesan satu video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki terbabit kemalangan membabitkan sebuah lori dengan tiga kenderaan.



“Lelaki itu dipercayai sakit dada sehingga menyebabkan lori dipandu hilang kawalan lalu merempuh kenderaan lain di bahu jalan. Pada jam 12.09 tengah hari sama, lelaki itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh akibat ‘myocardial infarction’ (serangan jantung),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Shafa’aton menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi menghormati waris mangsa. BH

Pemandu lori sakit jantung langgar 3 kenderaan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *