Tolonglah Ni Dah 2022 – Norkhiriah

Sebaran :

Tolonglah Ni Dah 2022 – Norkhiriah

Pelakon, Nookhiriah meluahkan rasa kecewa terhadap seorang produser yang dikatakan menawarkan pelakon gandingan “ala kadar” untuk digandingkan bersama dengannya dalam sebuah projek lakonan.

Tidak Perlukan Pelakon Yang Terkenal Tetapi Ada Jiwa & Rasa Dalam Lakonan
Menerusi posting yang kini sudah dipadam di Instagram, Noorkhiriah memberitahu bahawa dia memerlukan pasukan dan lebih-lebih lagi sparing partner yang bagus untuk membantu antara satu sama lain. Dia juga akui tidak memerlukan pelakon yang terkenal tetapi lakonannya harus ‘ada jiwa dan rasa’.

“Akak dah lama giler jadi pelakon tapi bukan bermakna akak dah bagus..Maka akak perlukan team..Lebih-lebih lagi sparing partner yang bagus untuk membantu satu sama lain..



Tak perlu femes tapi biarlah lakonan ada jiwa ada rasa. Berlakon ni bukan takat lepaskan batuk di tangga. Kalau citer kelakor lainlah..”-Noorkhiriah

Titip Pesanan Pada Produser Agar Tidak Terlalu Mengejar Keuntungan Semata

Tambahnya lagi, Noorkhiriah turut menitipkan pesanan buat produser terlibat agar tidak mementingkan keuntungan semata-mata..

“Tolonglah produser jangan fikir untung semata..Stesen dah bagi secukupnya maka agih-agihkanlah..Kalau watak penting pun ko bagi orang ala kadar je..Maka ala kadarlah hasilnya..Sampai bila nak macam ni..Serius..Frust giler akak..”-Noorkhiriah



Akui Tak Ambil Sikap ‘Main-‘Main’ Dalam Kerja

Walaubagaimanapun pelakon drama siri Nur ini menjelaskan bahawa bukan semua produser bersikap sedemikian dan mengakui dirinya tidak mengambil sikap ‘bermain-main’ apabila melibatkan urusan kerjanya.

“Bukan semua produser macam ni tapi orang bukan nak tengok Noorkhiriah semata. Dia pun nak masuk peti karun..Tapi akak tak memain dengan kerja. Cerita tak best akan jadi best kalau pemainnya betul.

Dan harus diingat di set bukan lagi masa untuk belajar berlakon dengan masa yang limited. Masuk aje set kita sebagai pelakon dan bersedia. Kita bekerja by TEAM.”-Jelas Noorkhiriah



Di akhir luahannya, Noorkhiriah memberitahu bahawa sparing partner itu sangat penting dan leading hanyalah untuk menggerakkan cerita. Tambahnya lagi, berjayanya sesebuah karya bukan kerana seorang pelakon tetapi kerana semua pihak yang terlibat dalam pasukan.
Mr

Tolonglah Ni Dah 2022 – Norkhiriah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri gila publisiti tapi realitinya lain

Janggut suami Heliza jadi tumpuan


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.