Pemandu Myvi merah serah diri

Sebaran :

Pemandu Myvi merah serah diri

Port Dickson: Pemandu kereta Perodua Myvi yang dipercayai memandu secara melulu menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, di sini, hari ini.

Pemandu berusia 21 tahun yang juga seorang penuntut sebuah politeknik menyerah diri pada 1.50 petang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, polis masih menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap pemandu itu jika wujud kesalahan lain.



“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai harus peka dengan peraturan lalu lintas kerana ia boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam tular satu video berdurasi 31 saat yang dimuat naik ke laman sosial Facebook menunjukkan sebuah kereta yang memandu secara melulu dan merbahaya di jalan awam berhampiran Balai Polis Port Dickson.

Beliau berkata, polis mengambil berat soal keselamatan terutama membabitkan pengguna jalan raya di lokasi awam dan akan segera bertindak mengikut lunas undang-undang.



“Kita harapkan pengguna jalan raya akan lebih berdisiplin ketika sedang memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya. HM

Pemandu Myvi merah serah diri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *