Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
Seorang ulama PAS yang terkenal mendakwa dia dihalang daripada memberikan sebarang pengirian untuk program parti oleh pihak tertentu.
Menurut Mokhtar Senik ada pemimpin di peringkat kawasan mengarahkan agar penggiat parti itu tidak menjemputnya lagi dalam program yang dianjurkan mereka.
Mokhtar yang juga anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat mendakwa arahan sedemikian dibuat selepas dia memberi pengisian program usrah dan ditanya mengenai sikap pasti terhadap Muafakat Nasional (MN), khususnya selepas pilihan raya negeri Melaka.
“Saya jawab, hubungan kita dgn Umno tetap sepertimana yang dipertegaskan oleh PAS iaitu perkukuhkan MN dan pertahankan PN (Perikatan Nasional).
“Tiba-tiba pihak (penggerak) DUN diarahkan oleh yang dipertua kawasan agar tidak panggil lagi saya untuk mengisi program tersebut kerana dikatakan saya cenderung ke arah menolak MN,” katanya dalam hantaran di media sosial semalam.
Kenyataan dibuat bekas ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu sekali lagi membayangkan bahawa berlaku pertembungan pemikiran dalam parti membabitkan kumpulan yang cenderung kepada PN dan satu lagi, mahukan MN.
Pada umumnya pertembungan itu tidak begitu ketara ditonjolkan PAS namun keputusan pemilihan parti di peringkat kawasan pada hujung tahun lalu sedikit sebanyak menawarkan gambaran apa yang sedang berlaku.
Beberapa kenyataan pemimpin parti – termasuk oleh Mokhtar – dan rakaman audio tular juga menunjukkan ada pihak yang mahu PAS kekal bersama Umno melalui MN, manakala yang lain labih suka mereka bersama Bersatu dalam PN.
Untuk rekod PRN Melaka pada tahun lalu yang menyaksikan PAS memilih PN dan bertembung dengan Umno-BN di tujuh kerusi memburukkan lagi hubungan di antara kedua-dua parti.
Mokhtar berkata peserta usrah yang dihadirinya baru-baru ini tentu mengingati apa yang dipertegaskannya dalam program dalaman tersebut.
“Baru-baru ini majlis syura pertegaskan (kededukan) ikatan dengan MN dan PN sebagaimana yang saya sebut sebelumnya.
Mk
Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
Baca Artikel Menarik :
- Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap
- Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber
- Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records
- Jual tanah beli ikan koi RM300,000
- Rosyam Nor, makin tua makin hebat
- Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
- Khalid Samad kecewa ‘khemah besar pembangkang’ gagal libatkan UMNO
- Tangguh umrah, macam nak buat dosa
- Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’
- Sharnaaz kena tempias kerana janggut suami Heliza
- Gred markah dinaikkan selepas pensyarah panggil ‘sayang’
Layari Laman Facebook MYKMU</a