Kenapa Lim Kit Siang Membisu Saksi Utama SPRM Kes Guan Eng Mati Jatuh Tingkat 17

Oleh Nurul Aisyah

SIKAP “double standard” Lim Kit Siang berhubung isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) makin ketara. Beliau memilih isu tertentu sahaja untuk dibangkitkan.

Apa yang pasti Lim Kit Siang bukan pejuang ketelusan dan pejuang anti-rasuah sepeti yang cuba digembar-gemburkan. Menurut sumber, bapa Lim Guan Eng ini dikatakan menyerang Ketua SPRM atas dasar dendam kerana membuka kes rasuah anak beliau.

Oleh itu, kita dapat melihat serangan bertalu-talu dari beliau dan Pakatan Harapan (PH) dari tahun 2021 sehingga ke tahun 2022. Lima hari berturut-turut Kit Siang serang Ketua SPRM sebab ada tuduhan bahawa Azam Baki pernah memiliki saham bernilai sekitar kurang RM1 juta pada bulan Mac 2016.

Bukan ada sebarang tuduhan rasuah secara terus pun tetapi sekadar memiliki saham bernilai lebih tinggi yang perlu penjelasan sahaja. Ironinya, lain-lain perkara yang lebih terkini dan panas serta jauh lebih kontroversial yang juga membabitkan SPRM tidak mendapat perhatian Lim Kit Siang.

Pada Okt 2021, Saksi utama SPRM berhubung kes rasuah anak Lim Kit Siang yang merupakan taikun syarikat disenarai dalam Bursa Saham tiba-tiba jatuh 17 tingkat sebulan sebelum beliau dijadualkan untuk memberi keterangan dalam mahkamah, Lim Kit Siang hanya membisu seribu bahasa.

Nyawa Datuk Ewe Swee Kheng, CEO pemaju harta tanah Ewein Group, berakhir dengan penuh tragis. Ketika kejadian, beliau baru sahaja dipanggil untuk menjadi Saksi Pendakwaan Ke-9 di dalam kes rasuah terowong bawah laut mantan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Namun belum sempat beliau menjalankan tugas sebagai saksi ke 9, SK Ewe ditemui mati. Beliau dikatakan terjatuh daripada tingkat atas sebuah kondominium mewah di Pulau Tikus Pulau Pinang.

Harian China Sin Chew melaporkan bahawa Ewe Swee Kheng jatuh dari tingkat 17 sebuah pangsapuri mewah pada pukul 2 pagi, dan mayatnya jatuh dalam kolam renang.

Ewe adalah pengarah urusan pemaju hartanah yang berpangkalan di Pulau Pinang, Ewein Bhd.Dia ditangkap oleh SPRM pada tahun 2018 sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap projek terowong bawah laut.

Dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghadapi empat tuduhan meminta rasuah dan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan pembinaan terowong bawah laut dan jalan bernilai RM6.3 bilion. Pembinaan tersebut adalah usaha sama antara kerajaan negeri dan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Desas desus bertiup kencang mengaitkan kematian SK Ewe dengan kes skandal terowong bawah laut. Oleh itu, pihak berkuasa diminta menyiasat perkara ini dengan penuh teliti. Sekiranya terdapat unsur jenayah pembunuhan maka individu tersebut dapat dibawa ke muka pengadilan.

Tapi Lim Kit Siang hanya diam membisu. Begitu juga pemimpin-pemimpin PH yang lain. Rakyat tahu bahawa sebenarnya PH dan Lim Kit Siang bukan pejuang ketelusan dan pejuang anti-rasuah. Mereka bertindak atas dasar dendam dan kepentingan peribadi semata-mata.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker