Emery berang keputusan VAR, impian Villa tergugat
Emery berang keputusan VAR, impian Villa tergugat

Birmingham: Pengurus Aston Villa, Unai Emery, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang membatalkan jaringan pasukannya ketika tewas mengejut 0-1 di laman sendiri kepada Brentford, awal pagi tadi, sekali gus menjejaskan impian Villa untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).
Tammy Abraham menyangka dia sudah menyamakan kedudukan menerusi gol sulungnya selepas kembali menyarung jersi Villa pada awal separuh masa kedua, namun semakan VAR yang mengambil masa lama memutuskan bola keluar padang lebih awal dalam gerakan itu.
Villa gagal memecahkan benteng Brentford selepas itu walaupun pasukan pelawat beraksi lebih separuh perlawanan dengan kekurangan seorang pemain susulan kad merah dilayangkan kepada Kevin Schade.
Pasukan 10 pemain itu bagaimanapun mendahului sejurus selepas Schade menendang Matty Cash apabila Dango Ouattara meledak masuk dari sudut sempit.
“Sudah tentu saya menerimanya. Tetapi bagi saya ia tidak adil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
“Penjelasan saya, ia adalah satu tindakan yang berlaku selepas tempoh yang lama. Jika penjaga garisan tidak melihatnya, permainan sepatutnya diteruskan.
“Saya rasa masalahnya ialah VAR tidak sepatutnya campur tangan dalam situasi seperti ini. Saya menerimanya, tetapi ia tidak adil.
“Saya tidak boleh berkata apa-apa lagi. Inilah bola sepak dan sudah tentu Brentford bermain dengan sangat baik walaupun kekurangan seorang pemain,” kata Emery.
Kekalahan itu menyaksikan Villa kekal ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, selain kini perlu berwaspada dalam perebutan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Pasukan kendalian Emery itu memiliki kelebihan tujuh mata di hadapan Liverpool yang berada di tangga keenam, dengan kedudukan lima teratas dijangka sudah memadai untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara.
Emery berang keputusan VAR, impian Villa tergugat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.