Banjir di Sabah memburuk
Banjir di Sabah memburuk
Seramai 2,435 orang mangsa banjir di negeri ini ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di beberapa daerah kian memburuk.
Setakat jam 9 pagi, 874 keluarga di enam daerah terjejas akibat banjir di Kota Marudu, Paitan, Beluaran, Telupid, Sandakan dan Pitas.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, bilangan terbabit terus meningkat berbanding 1,826 mangsa membabitkan 599 keluarga setakat tengah malam tadi.
“Kota Marudu kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi pagi ini dengan seramai 1,952 orang daripada 779 keluarga ditempatkan di 12 PPS.
“Sandakan daerah kedua paling ramai merekodkan mangsa banjir iaitu 197 orang membabitkan 42 keluarga manakala seramai 97 penduduk terjejas banjir daripada 23 keluarga di Paitan.
“Beberapa daerah lain yang turut mencatatkan mangsa banjir ialah Pitas (79 mangsa, 22 keluarga), Telupid (51 mangsa, lapan keluarga) dan Beluran (38 mangsa, 10 keluarga),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
APM Sabah turut menasihatkan orang awam khususnya yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai untuk berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca ketika ini berikutan tidak menentu. BH
Banjir di Sabah memburuk
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha
You must be logged in to post a comment.