Makin ramai mangsa terjejas banjir di Pahang, Melaka, dan Negeri Sembilan

Makin ramai mangsa terjejas banjir di Pahang, Melaka, dan Negeri Sembilan

Lebih ramai mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Melaka, dan Negeri Sembilan setakat pagi ini berbanding semalam.

Hujan berterusan di Pahang mengakibatkan pertambahan mangsa, dengan 2,188 masih berada di 51 PPS di lapan daerah awal pagi ini, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Daripada jumlah itu, 1,421 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua dengan paling ramai di daerah Lipis, iaitu 553 orang, diikuti Rompin (340) dan Raub (278).

Lapan jalan ditutup akibat dinaiki air, termasuk Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (Maran), Jalan Kuantan-Segamat (Pekan), Jalan Temerloh-Jerantut (Temerloh) dan Jalan Bentong-Gua Musang (Lipis).

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan enam sungai berada pada paras bahaya, iaitu Sungai Tanum di Chegar Perah di Lipis, Sungai Pahang di Paya Gintong (Jerantut) dan di Kuala Krau (Temerloh), Sungai Serting di Pdg Gudang (Bera), Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran) dan Sungai Pukin (Rompin).

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan sepanjang hari di semua daerah terjejas banjir.

Di Melaka, jumlah mangsa meningkat kepada 2,537 orang daripada 656 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 1,778 mangsa daripada 462 keluarga 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Cuthbert John Martin Quadra berkata, kesemua mangsa terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan di Melaka Tengah dan sembilan di Jasin.

“Seramai 1,015 mangsa daripada 270 keluarga ditempatkan di 10 PPS di Alor Gajah, 1,391 mangsa daripada 356 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Melaka Tengah serta 131 mangsa daripada 30 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Jasin,” katanya dalam kenyataan, menurut laporan Bernama.

Sementara itu, menurut data dalam aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir membabitkan 22 PPS di Negeri Sembilan meningkat kepada 2,041 individu daripada 554 keluarga setakat 7 pagi ini, berbanding 1,892 individu daripada 505 keluarga malam tadi.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Wan Hasnan Wan Musa berkata, 15 laluan melibatkan beberapa daerah ditutup bagi semua kenderaan, dan hanya tiga dibuka untuk kenderaan berat, termasuk di Tampin, susulan jalan runtuh dan dinaiki air setakat tengah malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Sekretariat JPBN Terengganu Mohd Rosman Abdullah berkata, jumlah mangsa banjir di negeri itu kekal 137 orang daripada 42 keluarga pagi ini di dua PPS di Dungun.

“Dua PPS yang masih beroperasi ialah Dewan Orang Ramai Kampung Shukor yang menempatkan 68 orang daripada 20 keluarga, dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja (69 orang, 22 keluarga),” katanya.

JPS memaklumkan hanya Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman merekodkan ketinggian melepasi paras amaran pagi ini.

Di Selangor, dua PPS di daerah Kuala Langat menempatkan 40 mangsa kembali dibuka semalam, iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang (25 mangsa) dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa). FMT

Makin ramai mangsa terjejas banjir di Pahang, Melaka, dan Negeri Sembilan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker