Kawal banjir dengan kaedah ‘sponge’ – PM

Kawal banjir dengan kaedah ‘sponge’ – PM

Kerajaan akan mengkaji kaedah penggunaan span (sponge) bagi mengawal limpahan air sungai dan hujan yang boleh mengakibatkan banjir besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kaedah lain juga seperti kolam pengumpulan air, terowong pintar, pembinaan tembok tebatan air dan beberapa kaedah lain juga akan dikaji keberkesanannya.

“Kaedah penggunaan span itu saya lihat satu ada video daripada negara China, yang dipanggil Sponge City.

“Di China, taman rekreasi menggunakan ‘sponge’ sebagai menyerap air, boleh mengurangkan kecepatan air meningkat,” katanya.

Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bera berkata demikian ketika penyampaian misi bantuan Keluarga Malaysia kepada 568 mangsa banjir Parlimen Temerloh, di Lanchang, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Meskipun kaedah tersebut menelan kos yang mahal, namun ia berbaloi untuk jangka masa yang panjang kerana pada ketika ini kerajaan membelanjakan peruntukan yang agak besar.

“Sekarang belanja RM 1.4 bilion untuk pengurusan banjir, jadi kalau jumlah besar boleh digunakan untuk mengatasi banjir jangka masa panjang.

“Walau bagaimanapun, semua akan dikaji kerana kesemua cadangan itu memerlukan kajian dan perbincangan lanjut antara pelbagai agensi kerajaan.

Jelasnya, beberapa cadangan tersebut dilaksanakan di Belanda dan di China dan berupaya dapat mengawal banjir.

Ismail Sabri menambah, Kabinet pada Rabu ini akan membincangkan isu banjir di peringkat persekutuan dan negeri bagi mencari penyelesaian. MG

Kawal banjir dengan kaedah ‘sponge’ – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker