Pahang urus banjir dengan baik – PM

Pahang urus banjir dengan baik – PM

Pahang merupakan antara negeri yang menguruskan bencana banjir dengan baik berikutan persediaan awal yang dilakukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persediaan awal itu membolehkan negeri itu menangani banjir di 10 daerah dengan sistematik dan berkesan.



“Tahniah kepada Menteri Besar Pahang, Setiausaha kerajaan Negeri Pahang, dan semua pegawaia daerah berjaya mengurusakan banjir dengan sempurna.

“Tahniah juga kepada semua Ahli Parlimen yang berada bersama rakyat ketika musim banjir melanda di kawasan masing-masing katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Misi Bantuan Keluarga Malaysia di Dewan MTP, Datuk Bahaman Lanchang, Temerloh hari ini.

Pada majlis tersebut seramai 568 mangsa banjir di kawasan Parlimen Temerloh menerima bantuan dan kelengkapan asas.

Menurut Ismail Sabri, sebanyak RM1.4 billion telah dibelanjakan bagi menguruskan belanja melibatkan pengurusan banjir yang melanda di lapan buah negeri.



Tambah beliau, di bawah Agensi Pengurusan Bantuan Bencana (NADMA), kerajaan persekutuan membuat penyelarasan dengan peringkat pengurusan melibatkan negeri.

Pada majlis tersebut, Ismail Sabri yang merupakan Ahli Parlimen Bera mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk pembinaan loji baru Mempatih di Lanchang bagi menyelesaikan masalah air di kawasan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, inisiatif bantuan wang ehsan banjir kini boleh diperoleh dalam tempoh 10 hari selepas banjir melanda berbanding enam bulan sebelum ini.

“Tak pernah berlaku dalam sejarah, secepat dan segera kali ini, bantuan banjir diterima oleh mangsa banjir pada tahun 2021.



“Kita nak pastikan kalau boleh mangsa banjir dapat ketika berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebelum balik ke rumah masing-masing,” ujarnya.

Sebanyak RM20.65 juta yang diperuntukan Kerajaan Persekutuan telah diagihkan kepada Pahang.

Di Pahang, sebanyak 40 peratus daripada 80,000 mangsa banjir telah menerima bantuan wang ehsan banjir dan selebihnya dijadualkan menerima esok. MG

Pahang urus banjir dengan baik – PM




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya



Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker