Tentera Israel cuak, dua roket meletup di pantai Tel Aviv

Tentera Israel cuak, dua roket meletup di pantai Tel Aviv

JERUSALEM: Pejuang Palestin berjaya melepaskan dua roket ke perairan Mediterranean sehingga menyebabkan berlaku letupan di pantai Tel Aviv.

Lapor Reuters, pihak polis memaklumkan tiada sebarang kematian atau kerosakan akibat serangan tersebut.

Tiada mana-mana kumpulan dari Gaza mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan terbaharu itu.

Semalam, tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba menikam tentera dan orang awam di perhentian bas di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian penyerang yang bernama Amir Atef Rayyan.

Tentera berkata, cubaan menikam itu berlaku berhampiran persimpangan Gitain Avisar di Tebing Barat.

Warga Palestin itu, katanya, mendekati pos tentera dengan menaiki kereta dan keluar dari kenderaan itu dengan bersenjatakan pisau. Utusan

Tentera Israel cuak, dua roket meletup di pantai Tel Aviv


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker