Ramai penganut Hindu maut akibat rempuhan di Kashmir

Ramai penganut Hindu maut akibat rempuhan di Kashmir

KASHMIR: Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan 13 yang lain cedera dalam insiden rempuhan semasa upacara keagamaan di sebuah kuil di Kashmir, awal pagi Sabtu.

Pegawai Kanan Kerajaan memberitahu angka kematian dan kecederaan berkemungkinan akan bertambah kerana laluan ke kuil yang terletak di puncak bukit dipenuhi penganut Hindu yang melakukan lawatan dan menghadiri upacara sembahyang sempena tahun baharu.

Laporan portal lain pula menyatakan seramai 20 orang mengalami kecederaan.

Akaun Twitter rasmi CNN-News18 India turut mengesahkan insiden rempuhan yang menyebabkan kematian itu.

Rakaman gambar yang disiarkan oleh stesen televisyen menunjukkan beberapa ambulans bergegas ke lokasi kejadian.

Sumber rasmi pengurusan bencana India mengesahkan jumlah kematian dan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi waktu tempatan.

Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam media sosial, Presiden India, Rashtrapati Bhavan berkata, beliau sangat terkilan selepas mengetahui rempuhan malang yang meragut nyawa penganut Hindu di kuil tersebut.

“Takziah kepada keluarga mangsa dan saya doakan mereka yang cedera supaya cepat sembuh,” katanya.

Mata Vaishno Devi merupakan antara kuil Hindu yang paling dihormati di utara India, dengan puluhan ribu penganut datang bersembahyang setiap hari.

Pada Oktober 2013, insiden rempuhan turut berlaku di Madhya Pradesh sehingga mengorbankan lebih 110 nyawa manusia dan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Utusan

Ramai penganut Hindu maut akibat rempuhan di Kashmir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker