Beri tempoh sebulan sebelum tangguh umrah, agensi pelancongan rayu kerajaan

Sebaran :

Beri tempoh sebulan sebelum tangguh umrah, agensi pelancongan rayu kerajaan

Beberapa persatuan agensi pelancongan hari ini menuntut kerajaan memberikan tempoh sekurang-kurangnya sebulan sebelum sebelum menguatkuasakan penangguhan aktiviti umrah yang dijadualkan berkuatkuasa 8 Jan ini.

Bantahan itu disuarakan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yang menyifatkannya keputusan diambil kerajaan itu sebagai terlalu drastik tanpa melakukan rundingan bersama agensi pelancongan terlebih dahulu.

Setiausaha Agung BUMITRA, Ab Rahman Mohd Ali berkata penangguhan itu akan memberi kesan besar kepada jemaah dan agensi pelancongan kerana jemaah secara langsung mengalami kerugian terutamanya bagi mereka membuat tempahan melalui agensi pelancongan.



“Penundaan ini juga melibatkan kos-kos pembatalan tinggi yang akan ditanggung jemaah atas dasar pembayaran telah telah dibuat oleh pihak agensi pelancongan kepada pihak-pihak pembekal terlibat seperti kos tiket penerbangan dan penginapan.

“Penundaan ini juga menyebabkan berlaku penempahan semula bagi mereka yang telah membuat pendaftaran dan pembayaran sebelum ini dan ia melibatkan kos tambahan pakej umrah kerana jemaah perlu membayar perbezaan kos pakej umrah yang baharu sementara menunggu proses bayaran semula dari pihak pembekal terlibat,” katanya pada sidang media bersama tiga persatuan agensi pelancongan itu hari ini.

Rahman mendakwa, anggaran kerugian yang perlu ditanggung oleh jemaah seluruh negara yang sudah membuat pendaftaran umrah bagi penggal tahun pertama 2022 sebanyak RM210 juta.

Katanya, tindakan mendadak kerajaan menangguhkan perjalanan umrah juga memberi kesan teruk kepada agensi pelancongan, syarikat penerbangan, pihak muassasah di Arab Saudi dan hotel.



“Mereka juga tidak bersedia dengan pembatalan tersebut kerana melibatkan pelaksanaan SOP ketat telah dilakukan sebelum ini,” katanya sambil memaklumkan agensi pelancongan turut berdepan tuntutan tribunal dari jemaah di mahkamah kerana ada di kalangan mereka terpaksa menanggung kerugian sehingga 80% akibat wang bayaran sebelum ini tidak dapat dikembalikan.

Rahman berkata, sekiranya Putrajaya bertegas mahukan penundaan itu diteruskan mulai 8 Jan, mereka mendesak kerajaan supaya menanggung kerugian dialami.

Ketiga-tiga persatuan juga memohon sebarang tindakan yang diambil oleh kerajaan yang melibatkan kos pada jemaah dan rakyat amnya ditanggung kerajaan, sebagai contoh kos kuarantin dan caj bayaran pembatalan yang dikenakan pihak pembekal terlibat seperti pihak penerbangan, pihak penyediaan penginapan di Arab Saudi dan di Malaysia.

Katanya, kerajaan juga digesa menambah pusat ujian PCR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sewaktu ketibaan serta menambah bilangan kakitangan bertugas supaya proses saringan dapat dilakukan dengan cepat bagi mengelak jemaah berkumpul beramai-ramai untuk tempoh masa yang lama bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.



“Namun apa berlaku, apabila jemaah turun di KLIA mereka diasingkan satu tempat yang tak ada pematuhan SOP dan penjarakan, bila kurung duduk rapat-rapat dalam tempoh 5 hingga 6 jam kami beranggapan merebaknya virus Omicron mungkin boleh berlaku,” katanya.

Sementara itu Presiden PAPUH, Razali Mohd Sham memita kerajaan menambah SOP baharu termasuk mewajibkan kuarantin di pusat kuarantin ditetapkan yang perlu dilaksanakan dengan ketat dan sudah berbincang dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi melaksana SOP khususnya kepada semua jemaah yang akan pulang bermula Isnin ini.

“Selepas sebulan ini kita lihat kesannya. Jika penularan jangkitan dapat kita kawal, maka tidak jadi masalah untuk aktiviti umrah ini boleh diteruskan seperti biasa dengan penambahan SOP ketat ini.

“Kalau tidak boleh kita akur (untuk tangguh). Sebelum ini, jemaah yang pulang mereka hanya diarah kuarantin di rumah, sebab itu mungkin penularan berlaku, tapi dengan SOP baru yang ketat, saya rasa kawalan akan dapat dibuat,” katanya.

Mohd Azri Abdul Razak yang mewakili MATTA pula berkata, jika kerajaan merasakan mereka keluar negara berisiko membawa jangkitan Covid-19 termasuk jemaah ummah, larangan tangguh keluar negara sepenuhnya sepatutnya dibuat dan bukan hanya ke Arab Saudi.

“Kalau betul penularan varian Omicron, bahaya kepada jemaah umrah kenapa tak dibuat kepada semua negara dan destinasi, penangguhan perjalanan,” katanya.

Terdahulu, Khairy hari ini berkata semua perjalanan umrah ditangguhkan sementara waktu bermula 8 Jan sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

Beliau berkata tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baru pula ditangguhkan berkuat kuasa hari ini. FMT

Beri tempoh sebulan sebelum tangguh umrah, agensi pelancongan rayu kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.