Buruh mengaku cabul kanak-kanak

Buruh mengaku cabul kanak-kanak

IPOH: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun beserta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada jumaat selepas mengaku bersalah mencabul kanak-kanak perempuan minggu lalu.

Hakim Norita Mohd Ardani menjatuhi hukuman berkenaan ke atas Aminor Haizad Mazlan, 38, mulai dari tarikh sabitan selain pengawasan polis selama dua tahun.

Mengikut kertas pertuduhan, buruh kampung itu didakwa menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun 10 bulan di belakang sebuah rumah di Kampung Chulek, Kampar pada kira-kira pukul 9 malam, Sabtu lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Amanina Zulkefli manakala Aminor Haizad tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh merayu supaya mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan dan singkat kerana dia perlu menanggung bapanya yang sakit selain hanya bekerja kampung.

Nur Amanina berkata, hukuman itu setimpal bagi memberi pengajaran supaya Aminor Haizad yang juga bapa sepupu kepada mangsa tidak mengulangi kesalahan berkenaan dan memberi pengajaran kepada khalayak ramai. Awani

Buruh mengaku cabul kanak-kanak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy

Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker