Jangan susahkan PM baharu

Ismail Sabri (tiga dari kiri) serahkan bantuan kepada mangsa terjejas akibat tragedi kepala air di daerah Yan pada Isnin.
Ismail Sabri (tiga dari kiri) serahkan bantuan kepada mangsa terjejas akibat tragedi kepala air di daerah Yan pada Isnin.
Jangan susahkan PM baharu. Awang angkat tabik pada Tuk Seri Perdana Menteri (PM) yang buat lawatan kerja pertama ke Kedah. Beliau meninjau kawasan yang terjejas banjir dan kesan kepala air selain tengok jambatan yang rosak.Khabarnya Tuk Seri PM hanya berada sejam di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri, mungkin sempat senyum dan bertegur sapa dengan kakitangan sebelum terus ke Kedah.Itu namanya action-oriented, kata orang putih.Cuma Awang rasa, sepatutnya lawatan itu dibuat dengan rombongan yang kecil. Dalam situasi pandemik seperti sekarang, terlalu banyak orang berkumpul di satu tempat, tentu akan timbulkan tanda tanya. Awang risau juga tengok video yang tular begitu banyak kereta yang ikut rombongan itu.

Di jambatan berkenaan penuh pula dengan manusia. Apabila banyak orang, maka susahlah nak jaga penjarakan sosial. Masa Tuk Seri PM jadi menteri kanan hari-hari beliau nasihatkan rakyat supaya jaga SOP, terutamanya penjarakan sosial.

Pada pendapat Awang tak usahlah mana-mana pihak buat papan iklan besar-besar mengalu-alukan kehadiran PM baharu. Beliau datang oleh sebab urusan mengejut, nak melawat kawasan terlibat, termasuk mangsa kejadian. Bukankah kos papan iklan besar itu boleh digunakan untuk bantu rakyat yang jadi mangsa?

Awang yakin ini bukan budaya yang nak dibawakan oleh Tuk Seri PM baharu. Dia nak jadi PM rakyat. Protokol dan upacara tak tentu pasal bukan stail dia. Lagipun dia jadi PM pada masa rakyat susah, jadi ikutlah cara rakyat yang susah.



Jangan susahkan PM baharu


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Lantik Azmin sebagai TPM umpama bunuh diri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker