Pemuda maut ditetak abang ketika sedang memasak
Pemuda maut ditetak abang ketika sedang memasak
Seorang pemuda meninggal dunia, dikatakan akibat ditetak dengan sebilah pedang oleh abangnya dalam kejadian di Kampung Sungai Rual Melayu, Jeli, awal pagi tadi.
Difahamkan kejadian sekitar jam 1.20 pagi itu, suspek dipercayai mengalami kemurungan secara tiba-tiba bertindak menyerang dan menetak adiknya di bahagian leher belakang.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, ketika kejadian mangsa berusia 30 tahun itu sedang memasak di bahagian dapur rumah mereka.
“Tiba-tiba suspek dikatakan datang dari arah belakang dan terus menetak adiknya dengan sebilah pedang menyebabkan mangsa mati di lokasi kejadian.
“Mangsa di hantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Ahmad bagaimanapun enggan mengulas lanjut mamandangkan siasatan lebih terperinci masih berjalan untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar.
Siasatan dibuat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan membunuh. Mk
Pemuda maut ditetak abang ketika sedang memasak
Baca Artikel Menarik :
- Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Sila Kembali Ke Hollywood – TMJ
- 2 ADUN Warisan keluar parti ikut langkah 3 ADUN sebelum ini
- Aksi rehat separuh masa pertama rentap nyawa pemain
- Majlis kahwin artis disiasat langgar SOP
- Taikun Cina rakan kongsi Mahathir – Najib
- Paru-paru Ebby Yus mungkin perlu ditebuk
- Kucing setia menunggu di pusara tuannya
- Tiada tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM?
- Badrul Muhayat nafi melarikan anaknya
- KL Sentral Pasti Sunyi Tanpa Busking Dari Abang Meor, Pemergiannya Buat Ramai Sedih [VIDEO]
- Saya bukan sengaja memakai kostum Captain America bantu mangsa banjir
Layari Laman Facebook MYKMU</a