Long Tiger berjaya diberkas selepas ‘ghaib’ 13 hari

Long Tiger berjaya diberkas selepas ‘ghaib’ 13 hari

Lelaki berketurunan Rohingya, dikenali sebagai “Long Tiger”, yang lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor Bahru, sejak 13 hari lalu, akhirnya diberkas polis.

Difahamkan, “Long Tiger” atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, ditahan dalam operasi khas dijalankan sekitar Johor Utara.



Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, dijangka mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, esok, menurut laporan Kosmo.

Dalam kejadian 11.55 pagi 15 Dis lalu, Hamim bertindak meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, sebelum perbicaraan bermula.

Lelaki itu diambil dari penjara Sungai Udang untuk perbicaraan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan. FMT

Long Tiger berjaya diberkas selepas ‘ghaib’ 13 hari




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?



Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker