Ketua, konco ‘Adik Mat’ maut ditembak polis
Ketua, konco ‘Adik Mat’ maut ditembak polis
Dua penjenayah yang mendalangi kegiatan samun bersenjata dan pengedaran dadah, terbunuh susulan kejadian berbalas tembakan dengan polis dalam kebun getah dekat Kampung Batu Papan, Gua Musang, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, suspek berusia 29 dan 36 tahun itu mati di lokasi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota
Cawangan D9 Polis Kontinjen Kelantan.
“Sebaik tiba dalam kebun getah berkenaan, pasukan polis melihat seorang lelaki berada di tangga sebuah pondok dua tingkat dalam keadaan mencurigakan.
“Sebaik kehadiran polis disedari, suspek melarikan diri dan pada masa sama seorang lagi suspek dari tingkat atas pondok berkenaan terjun dan melarikan diri bersama sebuah beg hitam.
“Ketika melarikan diri, kedua-dua suspek melepaskan tembakan menyebabkan polis membalas tembakan dan mengenai kedua-dua suspek. Kedua-dua suspek maut di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Shafien berkata, hasil pemeriksaan pihaknya merampas dua pucuk pistol, 45 biji peluru hidup pelbagai saiz, tiga kelongsong peluru saiz 9mm dan 1,200 biji pil yaba.
Katanya, siasatan awal mendapati dua suspek yang ditembak mati adalah ketua dan ahli kumpulan yang dikenali sebagai kumpulan ‘Adik Mat’.
“Kedua-dua suspek ini dikehendaki polis berkait kejadian samun bersenjata, ugutan jenayah dan kegiatan pengedaran dadah sejak 2018.
“Ketua kumpulan sindiket berkenaan adalah suspek yang berusia 29 tahun, mempunyai 12 rekod jenayah lampau termasuk kes dadah. Manakala suspek kedua yang juga anggota kumpulan berusia 36 tahun mempunyai empat rekod jenayah.
“Dengan tertumpasnya kumpulan “Adik Mat’ pihak polis percaya dapat menyelesaikan lapan kes jenayah samun di Gua Musang,” katanya.
Shafien berkata, sebahagian besar kumpulan berkenaan sudah ditangkap dan pihaknya akan menjejaki saki baki kumpulan berkenaan.
“Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, modus operandi suspek adalah melakukan samun dan mengugut untuk menembak mangsa sekiranya membuat laporan polis.
“Selepas melakukan jenayah, suspek akan bersembunyi di pondok di kebun getah berkenaan bagi mengelak dikesan pihak polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat dan Seksyen 8(A) Akta Senjata Api 1960,” katanya. BH
Ketua, konco ‘Adik Mat’ maut ditembak polis
Baca Artikel Menarik :
- Yang penting Cina tempatan berjiwa Malaysia, kata Najib kepada Mahathir
- Najib label Mahathir rasis, pembohong ekoran isu Forest City
- Pelawak Achey Tegur Sistem Agihan Di PPS Sumbangan Orang Ramai Untuk Mangsa Banjir [VIDEO]
- ‘Abang Viva’ kini takut, malu
- “Cantik Weh Dia. Ada Iras Lisa BlackPink” Pelakon Didie Alias Dulu Dan Sekarang [VIDEO]
- Hina Nabi Muhammad bukan kebebasan bersuara – Putin
- Baby Shima dilabel betina bantu orang guna duit haram
- Guru agama baru selesai mengajar rentung kereta terbakar
- Doktor Kongsi Tentang Vaginismus Dan Pasangan Tak Pernah ‘Bersama’ Bila Suami Datang Dia Tolak”
- Gearbox X70 rosak tak selesai, pengguna berang hantar surat peguam
- Suzuki Katana kembali dengan lebih kompak
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.