Bermula Sebagai Hobi, Minatnya Mampu Jana Enam Angka Menerusi Shopee

Bermula Sebagai Hobi, Minatnya Mampu Jana Enam Angka Menerusi Shopee

Kata orang rezeki tidak pernah salah alamat. Dalam pada itu, siapa sangka sesebuah minat mampu menjadi mesin wang kepada sesebuah keluarga. Situasi ini nampaknya benar-benar berlaku buat Zarini Jaafar berusia 41 tahun yang tidak sangka bahawa minatnya dalam berkebun mampu menjadi produk terlaris beliau setakat ini.

Untuk pengetahuan, sebelum ini sekitar tahun 2009 Zarini Jaafar aktif dalam menjual produk kecantikan secara dalam talian setelah memilih untuk bekerja daripada bank.

Lapan tahun kemudiannya, beliau bersama modal yang dimiliki memilih untuk menghasilkan produk dengan jenama beliau sendiri iaitu Darina yang seleksi produk yang terdiri daripada barangan termasuk skrub mandian dan losyen wangi.

Beliau seterusnya melebarkan sayap perniagaannya di Kelantan dengan mengeluarkan pes masakan yang disahkan halal di mana penduduk kampung di negeri tersebut menjadi tulang belakang dalam membantu bisnes beliau.

Dalam pada itu, langit tidak selalunya cerah. Bisnes Zarini nampaknya telah diuji sewaktu pandemik melanda di mana produk beliau gagal untuk mencapai sasaran pembelian yang tinggi baik dari segi saluran media sosial mahupun menerusi stokis.

Sehubungan dengan itu, Zarini tidak menunggu lama untuk kembali bangkit serta memilih unutk menumpukan penjualan produk di kedai Darina House pada platform Shopee. Seiring dengan minat beliau yang suka berkebun, beliau turut menyertakan produk hasil berkebun beliau pada platform Shopee.

“Saya sendiri selama ini memang menggunakan keratan buluh ini sebagai pancang untuk tanaman pokok saya di rumah. Pada suatu hari, saya memutuskan untuk menambah buluh pancang ini sebagai produk jualan di kedai Shopee saya, selain daripada produk Darina. Setakat 15 Disember 2021, saya telah menjual 15,489 set – dengan setiap set mengandungi 25 batang buluh, menjadikannya 387,225 batang buluh yang sudah terjual,” kata Zarini.

Beliau menambah bahawa buluh pancang itu sendiri telah menjana jualan lebih daripada RM50,000 pada tahun 2020, dan meningkat kepada lebih RM130,000 pada tahun ini.

Zarini juga berkongsi bahawa jualan tertingginya adalah pada bulan Jun dan Ogos tahun ini, seiring dengan musim Hari Raya Aidilfitri serta Hari Raya Aidiladha.

“Selain buluh pancang, saya juga menjual serunding ayam, serunding daging dan serunding ikan. Sebanyak 2,351 pek serunding telah terjual setakat ini,” tambahnya.

Bagi menghasilkan produk keluarannya, Zarini mengupah penduduk kampung di negeri Kelantan khususnya dari sekitar Pasir Mas dan Tumpat. Mereka tidak dapat bekerja akibat PKP. Mereka terpaksa berhenti merawat paip, membaiki rumah dan bekerja di bengkel buat sementara waktu. Pada masa ini, terdapat 20 orang penduduk kampung yang membantunya.

“Ramai penduduk kampung terlibat dalam penghasilan buluh pancang ini dan juga serunding. Walaupun semasa banjir, mereka akan membantu saya mengangkut buluh itu dan menghantarnya kepada kami menaiki bot. Komitmen mereka terhadap tugas ini benar-benar memberi inspirasi,” katanya sambil berkata bahawa hasil jualan di Shopee akan dikongsi sesama mereka.

Penduduk kampung membantu perniagaan Zarini dan mengharungi banjir demi mengumpul buluh dan memprosesnya bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan

Ketika ditanya mengenai ciri yang digunakannya di Shopee untuk membantu mempromosikan kedainya, Zarini berkata bahawa beliau masih fokus pada penggunaan Shopee Ads setakat ini.

Zarini berkata platform itu juga telah memberinya banyak peluang untuk memperoleh pendapatan dan mempromosikan jenamanya, bermula dengan pautan Seller Affiliate.

“Pada masa yang sama, saya kini telah menjadi penjual Bintang selama tiga bulan, dan baru-baru ini dilantik sebagai Shopee Affiliate Ambassador. Saya amat berterima kasih atas semua ini, kerana dengan menjadi duta, ia membolehkan saya membantu mempromosikan produk penjual lain juga serta memperoleh insentif.”

Mengulas mengenai jualan 12.12 yang telah disempurnakan baru-baru ini, Zarini berkata jualannya adalah baik dan beliau sudah pun mempunyai rancangan besar untuk tahun depan.

“Saya ingin membuka kilang tahun depan supaya dapat meningkatkan pengeluaran buluh pancang. Terdapat juga banyak produk lain yang saya ingin masukkan dalam katalog saya supaya lebih ramai orang dapat membeli dari kedai saya. Pada masa yang sama, saya berhasrat untuk fokus pada pes masakan Darina demi membantu dan menyokong pekerja kilang di kampung-kampung di sini,” katanya.

Rakyat Malaysia yang ingin membeli buluh pancang boleh mengunjungi kedai Zarini dan pada masa yang sama menyokong penjual tempatan lain di platform tersebut pada 1.1 Jualan Tahun Baru ini yang berlangsung dari sekarang hingga 1 Januari 2022.

Kempen ini bakal membantu para pembeli menyambut kedatangan tahun 2022 dengan menikmati harga terendah dan tawaran terbaik. Kunjungi Jualan Tahun Baru Shopee dengan melayari klik di sini.

Bermula Sebagai Hobi, Minatnya Mampu Jana Enam Angka Menerusi Shopee


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bermula Sebagai Hobi, Minatnya Mampu Jana Enam Angka Menerusi Shopee

Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?

Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker