Makan sambil kayuh basikal senaman di restoran McDonald’s di China

Sebaran :

Pelanggan boleh mengayuh basikal senaman sambil menikmati hidangan kegemaran mereka. – McDonald’s China

BEIJING – Dua buah restoran McDonald’s di China memasang basikal senaman bagi menggantikan kerusi di meja makan sebagai inisiatif mempromosikan aktiviti bersenam dalam kalangan orang awam, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Diperbuat daripada plastik kitar semula, basikal-basikal senaman  tersebut bukan sekadar membolehkan pelanggan membakar kalori ketika makan, bahkan mereka boleh mengecas telefon bimbit menggunakan tenaga elektrik yang dijana.

Menurut McDonald’s China, buat masa ini terdapat 10 Basikal Pengecas Hijau tersebut di dua restorannya di bandar raya Guangdong dan Shanghai.

“Basikal ini  menjana tenaga elektrik yang boleh digunakan bagi mengecas peranti seperti telefon bimbit. Ia merupakan sebahagian daripada projek ‘Upcycle for Good’ oleh McDonald’s China.



“Inisiatif ini memberi fokus dalam menghasilkan produk-produk menggunakan plastik daripada bahan  kitar semula,” kata McDonald’s China dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beberapa klip video yang  tular di TikTok minggu lepas, memaparkan pelanggan mengayuh basikal pegun tersebut sambil menikmati hidangan kegemaran mereka di sebuah restoran di Guangdong.

Video tersebut menjadi topik hangat dengan  sebilangan pengguna menyambut baik inisiatif itu yang dianggap sebagai sesuatu yang unik.

Bagaimanapun, sebilangan pengguna lain berpendapat ia  sekadar  projek perhubungan awam yang tidak  banyak  membantu untuk mengimbangi pengambilan kalori berlebihan di restoran makanan segera tersebut. – AGENSI



Makan sambil kayuh basikal senaman di restoran McDonald’s di China


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *