Besi kuning dari alam ghaib kononnya membuat pemiliknya jadi kebal

Besi kuning dari alam ghaib kononnya membuat pemiliknya jadi kebal

DI kalangan penggemar barangan mistik, pasti biasa mendengar tentang ‘besi kuning’ yang digelar sebagai raja segala besi. Mengikut kepercayaan setempat, besi kuning dikatakan memiliki kuasa mistik yang tersendiri.

Kononnya, besi ini mampu melindungi pemilik dan mempunyai kuasa mistik yang boleh dijadikan alat pelindung, bahkan untuk ilmu kebal. Sejauh manakah kebenarannya?



Menurut Mohd Nasir, salah seorang pengumpul barangan antik yang pernah kami temubual dahulu, dalam kepercayaan masyarakat Melayu besi kuning adalah sejenis logam yang sangat istimewa dan sukar untuk ditemui. Kononnya, besi ini bukan berasal dari alam semesta kita, sebaliknya diperoleh dari alam ghaib.

Kerana sukar untuk mendapatkan logam ini, satu upacara khas mestilah dilakukan terlebih dahulu. Antara ritual yang selalu dilakukan adalah seperti membaca ayat-ayat tertentu dan berpuasa. Difahamkan, seseorang itu mestilah dalam keadaan bersih dari aspek rohani dan jasmani sewaktu upacara ini dilakukan. Pun begitu, tidak semua orang yang melakukannya berjaya memiliki logam ini.

Besi kuning yang digelar raja segala besi yang dikatakan mempunyai keistimewaan dari sudut mistik.
Kata Nasir lagi, besi kuning boleh didapati dalam pelbagai bentuk, saiz dan berat. Berdasarkan pengalamannya, logam ini banyak dijumpai dalam saiz yang kecil. Logam ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tirus, bulat atau segi empat. Warnanya pula tidak ubah seperti emas.

Walaupun memiliki persamaan warna seperti emas, besi ini mempunyai perbezaan daripada sudut nilai dan harga. Ujar Nasir, besi kuning memiliki nilai yang tinggi dalam kepercayaan spiritual. Ini kerana, kononnya logam ini mampu memberikan satu tenaga yang luar biasa kepada pemiliknya.



Dikatakan tenaga ini mampu menahan pemiliknya daripada terkena ilmu sihir dan kebal daripada senjata tajam mahupun senjata api. Sebab keistimewaan itu, besi kuning ini menjadi rebutan ramai.


Besi kuning antara barangan yang dicari oleh peminat barang-barang mistik.

Di sebalik keistimewaan itu, dikatakan besi kuning boleh mendatangkan kesan buruk kepada pemiliknya sekiranya disalahgunakan. Menurut Nasir, keadaan itu biasanya berlaku apabila seseorang itu berubah menjadi seorang yang pemarah dan panas baran. Jika berterusan, berkemungkinan ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila.

Tambahnya lagi, besi kuning memerlukan penjagaan yang rapi dan perlu dibawa setiap masa oleh pemiliknya. Selalunya, pemilik yang mempunyai logam ini akan membalutnya menggunakan sehelai kain kuning.




Ada yang memasukkannya ke dalam cincin.

Adakah logam misteri ini benar-benar wujud dan mempunyai kelebihan seperti yang diperkatakan dari sudut saintifik??

Menurut seorang pensyarah dari Jabatan Kimia sebuah universiti yang pernah kami temui dahulu, jika dilihat daripada aspek penyelidikan kimia, besi kuning ini sememangnya wujud.

Secara saintifiknya, logam ini adalah merupakan sejenis campuran sebatian yang mengandungi Ferum dan Sulfide. Gabungan kedua-dua sebatian ini, menghasilkan sejenis sebatian yang dikenali Ferrous Sulfide(Fes2) iaitu besi kuning.



Uniknya, sebatian ini memiliki warna kuning yang sama seperti emas. Bagaimanapun menurutnya, besi kuning merupakan sejenis sebatian yang bersifat mulur iaitu tidak rapuh dan mudah diubah menjadi pelbagai bentuk. Ia berbeza dengan emas yang merupakan sejenis unsur yang mudah dibentuk apabila dipanaskan dalam suhu yang tinggi.

Sekitar kurun ke 18, ramai pelombong emas keliru dengan kehadiran besi ini kerana menyangka ia adalah emas tulen. Sebaliknya ia bukanlah emas tetapi cuma besi biasa saja.

Jika dilihat dari aspek penggunaan, logam ini tidak banyak diaplikasikan untuk tujuan yang penting. Juga belum ada banyak penyelidikan khusus dilakukan ke atas besi kuning ini. Setakat ini, besi kuning ini digunakan dalam penghasilan sejenis gas yang dikenali Hidrogen Sulfida(H2S).

Besi kuning dari alam ghaib kononnya membuat pemiliknya jadi kebal




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?



Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker