Pembinaan EKVE antara punca banjir lumpur di Hulu Langat: PM

Pembinaan EKVE antara punca banjir lumpur di Hulu Langat: PM

Pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) dipercayai menjadi antara punca berlakunya banjir lumpur di sekitar daerah Hulu Langat baru-baru ini.

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia memandangkan kawasan projek tersebut telah menyebabkan beberapa saliran longkang sekitarnya tersumbat.

“Banjir ini bukan saja disebabkan oleh air hujan, tetapi (tinjauan) di Taman Sri Nanding tadi kerana projek EKVE. Longkang tertutup dan sebagainya, menyebabkan banjir lebih cepat berlaku,” katanya pada sidang media selepas program gotong-royong Keluarga Malaysia di sekitar Hulu Langat hari ini.

Sebelum ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin mendakwa sisa pembinaan di tapak projek tersebut mungkin telah menyebabkan aliran beberapa sungai di sekitarnya tersumbat.

Zuraida juga telah mendesak agar Perbandaran Ampang Jaya memainkan peranan bagi memastikan projek pembangunan lebuh raya itu tidak memberi risiko kepada kawasan-kawasan sekitarnya. – Awani

Pembinaan EKVE antara punca banjir lumpur di Hulu Langat: PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker