Ini kampung kita, ini rakyat kita

Ini kampung kita, ini rakyat kita

228 keluarga, 790 mangsa banjir.

Hari ini saya di hampir 10 pusat penempatan sementara.

Ada tempat yang hanya boleh sampai gunakan bot.

Ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan dan agensi-agensi.



Mereka banyak tolong saya bawa bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir, agihkan kepada orang ramai.

Saya juga check segala persiapan dan pelaksanaan.

Alhamdulillah setakat ini semua teratur dan ikut rancangan rapi.

Gerak kerja perkhidmatan awam dan agensi kerajaan sini semua baik-baik.

Jelas, pantas dan teratur.

Jika ada kekurangan, kita perbaiki.

Jika ada kesilapan, kita betulkan.

Jika ada ruang penambahbaikan, kita akan buat.

Saya ada baca komen-komen.

Ada yang beri cadangan sediakan ubat basic, bantuan perubatan, rawatan dan lain-lain untuk mangsa banjir.

Jangan risau. Sudah diaturkan.

Frontliners ada bersama mangsa-mangsa banjir.

Terima kasih dan syabas kepada para petugas kesihatan semua, dan kepada anggota keselamatan kita yang bertugas sepanjang masa bantu mangsa banjir!

Di mana ada kekurangan, maafkan saya. Boleh beritahu sahaja kepada saya, team saya, petugas atau anggota keselamatan berhampiran.

Kita tolong.

Ini gerak kerja saya. Ini cara saya.

Ini juga persefahaman dan hubungan saya dengan perkhidmatan awam, penjawat awam, wakil-wakil masyarakat.

We work together. Kita kerja sama-sama.

Selesaikan masalah rakyat dahulu.

Ini juga antara sebabnya setiap tahun saya pastikan bantuan kepada rakyat cukup, saya juga pastikan seluruh penjawat awam kita dihargai.

We work as a team 💪🏼

Najib Razak

Ini kampung kita. Ini semua rakyat kita.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker