Selebriti ditangkap melacur di hotel

Selebriti ditangkap melacur di hotel

Polis Indonesia menumpaskan sindiket persundalan membabitkan selebriti di negara itu.

Media tempatan melaporkan wanita berusia 26 tahun yang juga seorang selebriti media sosial itu ditahan polis di sebuah bilik hotel di daerah ini ketika sedang melakukan hubungan intim dengan pelanggannya.



Wanita itu adalah bekas pelakon sinetron yang dikatakan mengenakan caj yang tinggi untuk perkhidmatannya.

Polis juga turut menahan beberapa lagi wanita yang berasal dari luar negara serta seorang ejen.

Menurut polis, penahanan selebriti itu dibuat Rabu lalu selepas pihaknya menerima maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral.

“Selebriti ini akan dicari ejen. Dia menawarkan gaji lumayan iaitu 25 juta rupiah (kira-kira RM7,300),” katanya.



Katanya, pekerja seks akan menerima sebahagian daripada caj yang dikenakan ke atas pelanggan.

Dalam operasi itu, polis menahan selebriti berkenaan bersama seorang wanita Brazil.

“Polis menjalankan siasatan dan mendapat maklumat mengenai aktiviti dilakukan selebriti terbabit.

“Selepas risikan dijalankan, polis kemudian menyerbu sebuah bilik di hotel yang terletak di Semarang,” katanya.



Ketika operasi dijalankan, polis menemui dua wanita terbabit di dua bilik berasingan.

Ketika diserbu, kedua-dua wanita sedang melakukan hubungan seks dengan pelanggan masing-masing.

Polis juga turut menjejaki ejen yang mengatur aktiviti tidak bermoral itu dipercayai berada di sekitar hotel.

Ejen akan menerima wang menerusi transaksi dalam talian sebagai pembayaran untuk aktiviti itu.



“Bukti transaksi ini akan dijadikan bukti dalam perbicaraan nanti,” katanya. HM

Selebriti ditangkap melacur di hotel


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker