Pemulihan bekalan air di Hulu Langat dijangka lewat

KUALA LUMPUR – Pemulihan bekalan air di 28 kawasan terjejas di Hulu Langat dijangka mengalami kelewatan susulan masalah teknikal yang berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan, loji berkenaan tidak dapat beroperasi dengan kapasiti optimum menyebabkan jangkaan masa pemulihan penuh baharu bekalan air adalah pada jam 6 petang Jumaat.

Menurut kenyataan itu, sebanyak lima daripada 28 kawasan iaitu Taman Seri Sungai Long, Taman Sri Indah Cheras, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Taman Taming Maju dan Taman Cheras Jaya telah menerima bekalan air setakat jam 6 petang Khamis.

“Kawasan-kawasan yang masih terjejas adalah Taman Tropica Cheras, Taman Wira Heights, Taman Seri Puteri, Rumah Seri Kenangan Cheras, Taman Selamat, Taman Bukit Sungai Long dan Taman Bukit Suria.

“Turut terjejas Taman Sejati, Pusat Veterina Cheras, Taman Sinar Harapan Cheras, Taman Taming Indah, Aeon Cheras Selatan, Taman Kasturi, Dataran C180 Taman Cheras Selatan 118, Pusat Perniagaan Cheras Maju, Kampung Baru Balakong.

“Jalan J-Avenue, Kawasan Perindustrian Balakong, kawasan perniagaan Cheras Raya Balakong, Silk Residence, Taman Dutamas dan Hospital Colombia turut belum pulih daripada gangguan bekalan air, ” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal.

Air Selangor berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

“Air Selangor juga berharap pengguna yang telah mendapat bekalan air menggunakan air secara berhemat bagi memastikan kawasan-kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air mengikut jadual.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” katanya kenyataan itu.

Hujan berterusan di Lembah Klang telah menyebabkan LRA Cheras Batu 11 dihenti tugas susulan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada 19 Disember lalu.

Pemulihan bekalan air di Hulu Langat dijangka lewat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker