Polis siasat dakwaan anggota ‘kebas’ makanan mangsa banjir
Polis akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan seorang pengguna media sosial yang mengaitkan anggota keselamatan pasukan itu dengan salah laku.
Menurut individu terbabit, makanan yang dipesannya melalui perkhidmatan Grab diambil anggota polis yang bertugas di Taman Sri Muda, iaitu kawasan paling teruk terjejas akibat banjir pada hujung minggu lalu.
“Saya siasat dulu,” kata Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut hari ini.
Berdasarkan dakwaan yang dibuat melalui hantaran di media sosial, individu terbabit berkata dia memesan makanan tersebut namun Grab memaklumkan mereka tidak boleh menyerahkan bungkusan berkenaan terus kepadanya kerana berbahaya.
Justeru kata individu terbabit dia terpaksa berjalan selama sejam untuk ke khemah tempat anggota polis berkawal di kawasan dilanda banjir berkenaan untuk mengambil makanan.
Bagaimanapun dakwanya anggota polis yang bertugas itu mengambil makanan tersebut – yang dibungkus dalam plastik putih – lalu menghabiskannya.
“Saya beritahu mereka itu adalah makanan saya dan saya pesan dari Grab kerana ada resit pada plastiknya,” kata wanita terbabit di Instagram.
Dia juga mendakwa anggota polis yang ada di situ menyuruhnya balik.
“Saya terpaksa berjalan semula selama sejam dan mencari makanan,” katanya.
Hantaran itu diedar semula oleh sepupunya di Twitter dan diulang ciap lebih 19,000 kali setakat berita ini ditulis.
https://twitter.com/AndreaReetika/status/1473617764522737665?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1473617764522737665%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.malaysiakini.com%2Fnews%2F604242
Baca Artikel Menarik :
- Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib
- Zul rapat dan mesra dengan saya – Ruhainies
- Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
- Peguam Long Tiger U-TURN
- Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri
- Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir
- Payudara aku kecil macam kau punya – Sharifah Sakinah
- Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh
- PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib
- Kediaman di Mentakab ‘lenyap’ tenggelam air banjir
- Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital
Layari Laman Facebook MYKMU</a
ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021
You must be logged in to post a comment.