Mahkamah ketepi permohonan pihak pendakwaan untuk dakwa Rosmah

 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan permohonan pihak pendakwaan untuk mendakwa Rosmah Mansor berhubung dakwaan memberi keterangan bercanggah dalam perbicaraan rasuah berkaitan projek tenaga solar hibrid.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan hari ini memutuskan bahawa pendakwaan itu tidak diperlukan memandangkan Rosmah telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan percanggahan keterangan berkenaan.



Dalam sistem kehakiman di Malaysia, pihak pendakwaan boleh memohon untuk mengemukakan pendakwaan berhubung kredibiliti saksi.

Rosmah merupakan saksi pembelaan pertama dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan projek pembekalan tenaga solar hibrid untuk 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak.

Jika mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mendakwa saksi, saksi tersebut berpotensi dikenakan penalti seperti hukuman penjara.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memohon untuk mendakwa Rosmah berhubung dakwaan memberi keterangan bercanggah antara apa yang diberitahunya di mahkamah dan apa yang diberitahu kepada SPRM ketika suruhanjaya itu menyiasat kes pengubahan wang haram membabitkan dirinya pada 2018.



Ketika keterangannya direkodkan oleh SPRM tiga tahun lalu, Rosmah berkata dia tidak mengenali dan tidak pernah bertemu dengan Saidi Abang Samsudin dan Rayyan Radzwill.

Saidi dan Rayyan sebelum ini telah memberi keterangan ketika perbicaraan kes berkenaan.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan Rosmah di mahkamah adalah berbeza apabila dia memberitahu tidak mengenali dua saksi utama pendakwaan sebelum pertemuan pertamanya dengan mereka pada 2016.

Rosmah bagaimanapun mendakwa dia tidak ingat akan kedua-dua individu itu ketika pertama kali memberi keterangan kepada SPRM pada 2018.



Semasa prosiding di mahkamah terbuka hari ini, Zaini memutuskan Rosmah telah pun memberi penjelasan berhubung dakwaan percanggahan itu, dan mahkamah hanya akan menentukan pada peringkat akhir kes pembelaan sama ada penjelasan itu boleh dipercayai atau tidak.

Mahkamah ketepi permohonan pihak pendakwaan untuk dakwa Rosmah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker