Mahkamah ketepi permohonan pihak pendakwaan untuk dakwa Rosmah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan permohonan pihak pendakwaan untuk mendakwa Rosmah Mansor berhubung dakwaan memberi keterangan bercanggah dalam perbicaraan rasuah berkaitan projek tenaga solar hibrid.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan hari ini memutuskan bahawa pendakwaan itu tidak diperlukan memandangkan Rosmah telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan percanggahan keterangan berkenaan.
Dalam sistem kehakiman di Malaysia, pihak pendakwaan boleh memohon untuk mengemukakan pendakwaan berhubung kredibiliti saksi.
Rosmah merupakan saksi pembelaan pertama dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan projek pembekalan tenaga solar hibrid untuk 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak.
Jika mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mendakwa saksi, saksi tersebut berpotensi dikenakan penalti seperti hukuman penjara.
Sebelum ini, pihak pendakwaan memohon untuk mendakwa Rosmah berhubung dakwaan memberi keterangan bercanggah antara apa yang diberitahunya di mahkamah dan apa yang diberitahu kepada SPRM ketika suruhanjaya itu menyiasat kes pengubahan wang haram membabitkan dirinya pada 2018.
Ketika keterangannya direkodkan oleh SPRM tiga tahun lalu, Rosmah berkata dia tidak mengenali dan tidak pernah bertemu dengan Saidi Abang Samsudin dan Rayyan Radzwill.
Saidi dan Rayyan sebelum ini telah memberi keterangan ketika perbicaraan kes berkenaan.
Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan Rosmah di mahkamah adalah berbeza apabila dia memberitahu tidak mengenali dua saksi utama pendakwaan sebelum pertemuan pertamanya dengan mereka pada 2016.
Rosmah bagaimanapun mendakwa dia tidak ingat akan kedua-dua individu itu ketika pertama kali memberi keterangan kepada SPRM pada 2018.
Semasa prosiding di mahkamah terbuka hari ini, Zaini memutuskan Rosmah telah pun memberi penjelasan berhubung dakwaan percanggahan itu, dan mahkamah hanya akan menentukan pada peringkat akhir kes pembelaan sama ada penjelasan itu boleh dipercayai atau tidak.
Mahkamah ketepi permohonan pihak pendakwaan untuk dakwa Rosmah
Baca Artikel Menarik :
- Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib
- Zul rapat dan mesra dengan saya – Ruhainies
- Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
- Peguam Long Tiger U-TURN
- Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri
- Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir
- Payudara aku kecil macam kau punya – Sharifah Sakinah
- Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh
- PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib
- Kediaman di Mentakab ‘lenyap’ tenggelam air banjir
- Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.