Yayasan Bank Rakyat sumbang 500 power bank kepada mangsa banjir

Sebaran :

Yayasan Bank Rakyat sumbang 500 power bank kepada mangsa banjir

YAYASAN Bank Rakyat mengambil inisiatif prihatin dan bertindak menyalurkan bantuan segera sebanyak 500 unit power bank kepada mangsa banjir di Selangor yang terjejas teruk sejak Sabtu lalu.

Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, bantuan segera itu bagi memudahkan mangsa berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa dalam meminta bantuan.

Menurut beliau, sumbangan power bank itu juga merupakan satu inisiatif kemasyarakatan dalam memberi respons membantu mangsa-mangsa bencana banjir yang memerlukan bantuan segera.



“Kami bersimpati dengan mereka yang terkesan terutama di Selangor yang dikatakan kali terakhir berlaku banjir besar adalah pada tahun 1971.

“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung mangsa terutama dalam aspek komunikasi semasa bencana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 34 graduan tajaan Yayasan Bank Rakyat terima Anugerah Kecemerlangan Anggota

Sumbangan power bank berjenama Pineng itu diterima Timbalan Komander Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am Cheras Selangor, Chew Tham Soon dan Ajutan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras Selangor, Mohd. Izhan Ismail.



Sejak ditubuhkan pada 16 Mei 2007, Yayasan Bank Rakyat komited membantu rakyat terutama yang kurang berkemampuan dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan.

Sehingga 1 Januari 2020, Yayasan Bank Rakyat telah menaja lebih daripada 4,840 pelajar dengan jumlah keseluruhan tajaan melebihi RM130 juta bagi meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT). Utv

Yayasan Bank Rakyat sumbang 500 power bank kepada mangsa banjir


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah

Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *