Pemerintah Dubai diarah bayar lebih RM3 bilion kepada bekas isteri
Pemerintah Dubai diarah bayar lebih RM3 bilion kepada bekas isteri
DUBAI – Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum diperintahkan oleh sebuah mahkamah Britain untuk membayar sebanyak AS$728 juta (RM3.06 bilion) kepada bekas isterinya, Puteri Haya bint al-Hussein, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Keputusan tersebut antara penyelesaian perceraian atau pembahagian harta sepencarian terbesar yang pernah diputuskan oleh mahkamah Britain.
Jumlah itu akan digunakan untuk membiayai kos keselamatan sepanjang hayat Puteri Haya dan juga kos penjagaan buat dua anak pasangan itu iaitu Al Jalila Bint Mohammed Bin Rashid Al Maktoum dan Sheikh Zayed Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum.
Bayaran pendahuluan sebanyak AS$333 juta (RM1.4 juta) perlu dibayar dalam tempoh tiga bulan, demikian menurut mahkamah berkenaan.
Dalam penghakiman bertulis yang disiarkan kelmarin, Hakim Moor memutuskan bahawa ancaman terbesar yang dihadapi Puteri Haya dan anak-anaknya adalah daripada Sheikh Mohammed sendiri, bukan daripada anasir luar.
Keputusan itu dibuat merujuk kepada ugutan Sheikh Mohammed terhadap Puteri Haya, termasuk ‘kemampuan beliau menggunakan perisian perisikan Pegasus’ untuk mengintip Puteri Haya dan kakitangannya.
Butiran lain mengenai kehidupan perkahwinan Sheikh Mohammed dan Puteri Haya didedahkan dalam penghakiman bertulis itu termasuk laporan bahawa wanita itu membayar wang kira-kira AS$8.8 juta (RM37.07 juta) kepada empat kakitangan keselamatannya.
Bayaran tersebut adalah wang peras ugut supaya mereka tidak mendedahkan hubungan sulit Puteri Haya dengan salah seorang daripada mereka.
Butiran lain yang didengar berhubung kes itu di mahkamah sebelum termasuk dakwaan Puteri Haya bahawa beliau telah menerima panggilan telefon berbentuk ancaman daripada Sheikh Mohammed yang menyebabkan beliau berasa takut.
Penyelesaian perceraian itu menandakan peringkat terakhir dalam pertelingkahan yang berlaku selama bertahun-tahun antara pasangan itu di mana mahkamah tinggi Britain memutuskan bahawa Sheikh Mohammed menggunakan ‘kekayaannya, kuasa politik dan pengaruh antarabangsa’ dalam cubaan untuk membuli dan mendiamkan bekas isterinya itu. K Online
Pemerintah Dubai diarah bayar lebih RM3 bilion kepada bekas isteri
Baca Artikel Menarik :
- Mereka bersenjata dan curi barang elektrik – bos Mydin
- Anak Malaysia cipta robot pembantu pembedahan
- Banjir: Nilai hartanah Lembah Klang mungkin menurun
- Tan sri tak bayar gaji selama 12 tahun – Amah
- Pasangan curang boleh disaman – peguam
- Stail rambut sikat tepi tak salah, yang salah…
- Reza Hasbi beri penjelasan mengenai love bite di lehernya (Video)
- Nama Hanafi Popular Kerana Kecurangannya Didedahkan [VIDEO]
- Shila Amzah dah fail cerai tapi suami….
- Suami ‘kantoi’ curang kerana kamera loceng pintu
- Walau kena libas, aksi menyelamat tetap diteruskan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.