Manusia atau haiwan, nyawa tetap nyawa
Manusia atau haiwan, nyawa tetap nyawa
Banjir di Semenanjung bukan hanya menjejaskan kehidupan manusia tetapi juga haiwan apabila pemiliknya dan orang ramai terpaksa merayu di media sosial untuk mendapatkan bantuan menyelamatkan haiwan liar dan juga yang terperangkap.
Keadaan sudah pun terlalu sukar untuk pemiliknya menyelamatkan diri, apatah lagi untuk membawa haiwan peliharaan disebabkan
kurangnya kemudahan bot atau keengganan anggota penyelamat untuk bekerjasama.
Seorang pemilik anjing di Taman Sri Muda, Shah Alam, Aishu sempat menceritakan pengalaman pahitnya untuk menyelamatkan dua haiwan peliharaannya dan seekor lagi anjing liar di atas bumbung rumahnya selepas kediaman ditenggelami air sedalam 4 meter.
Katanya, dia mendapatkan pertolongan di media sosial selepas dimaklumkan Jabatan Bomba dan Penyelamat bahawa mereka tidak dapat melakukan sebarang usaha menyelamat sehingga banjir surut.
Bagaimanapun, dia lega apabila seorang penyelamat tampil membantu yang tiba bersama bot persendirian.
Seorang pemilik pusat perlindungan haiwan dari Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia, S Mukunnan, menggesa kerajaan membantu pusat perlindungan haiwan dalam apa jua cara sama ada membaiki dan membina semula kemudahan serta menyediakan bantuan kewangan.
Pusat perlindungannya yang menempatkan 230 anjing di Hulu Langat separuh tenggelam akibat limpahan air dari sungai.
“Pekerja kami terpaksa mengorek longkang tambahan bagi membolehkan air mengalir keluar,” katanya.
“Kami bimbang anjing ini akan jatuh sakit akibat dilanda banjir.”
Katanya, bekalan air yang belum pulih di kawasan itu menyebabkan kerja pembersihan sukar dilakukan.
Mukunnan turut meminta bantuan di media sosial.
Bagi seorang aktivis, Deviga, ia amat menyedihkan apabila usaha menyelamatkan haiwan tidak diberi keutamaan.
Deviga dan tiga lagi sanggup meredah air paras lutut di Taman Mas, Puchong untuk menyelamatkan kucing dan anjing liar.
“Langkah terbaik yang boleh dilakukan ialah memberinya makan dan menyediakan bantuan rawatan sementara,” katanya.
“Banyak kucing dan anjing mati akibat lemas. Bukan semua haiwan tahu untuk berenang.”
Katanya, dia tidak tahu berapa banyak sebenarnya haiwan yang terjejas atau mati akibat banjir. FMT
Manusia atau haiwan, nyawa tetap nyawa
hr />
Baca Artikel Menarik :
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.