Hujan lebat, air naik semula di Shah Alam

Sebaran :

Hujan lebat, air naik semula di Shah Alam

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melalui beberapa laluan di sekitar Shah Alam yang melibatkan kawasan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya dan Stadium Seksyen 13.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, paras air di kawasan tersebut mula menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, berlaku keadaan hujan lebat berterusan sejak lewat malam tadi sehingga sekitar pukul 6 pagi di Shah Alam.



Terbaharu, di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Plaza Tol Shah Alam, aliran trafik mula perlahan disebabkan laluan kanan dinaiki air berikutan banjir kilat yang berlaku sehingga satu lorong masuk ditutup sementara.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan terperangkap di laluan yang dinaiki air. K Online

Hujan lebat, air naik semula di Shah Alam


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir

Lokasi nahas pesawat MH370 di Kemboja?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.