MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengucapkan takziah atas pemergian pegawainya, Muhamad Syafiq Saharuddin, 26, yang ditemui lemas ketika dikatakan meredah banjir untuk mengambil barang di rumah semalam.
Ucapan takziah atas kehilangan pegawai operasi di bahagian pengurusan pelanggan syarikat penerbangan itu, dikongsikan menerusi sebuah poster dikeluarkan MAHB.
“Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada MAHB kerana beliau kakitangan yang berdedikasi dan ikhlas menjalankan tugas. Allahyarham yang baru mendirikan rumah tangga minggu lalu sangat disenangi rakan sekerja” menurut poster berkenaan.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan berkata, mayat ditemui seorang penduduk kira-kira jam 11 pagi dalam keadaan terapung di tali air di Taman SP 18, Desa Salak Pekerti.
Sebelum itu, ahli keluarga mangsa sudah melaporkan kehilangannya pada Ahad lalu di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi.
“Pemeriksaan pada tubuh mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai mati lemas. Menurut adiknya, mangsa kali terakhir dilihat meredah banjir untuk mengambil barang di rumah di Kampung Baru Lanjut di sini ketika air berada pada paras dada,” kata Wan Kamarul.
Katanya, jenazah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk ujian COVID-19 dan bedah siasat. BH
MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
Baca Artikel Menarik :
- Sebahagian kawasan Hulu Langat umpama dilanda tsunami
- Peja dibalun bertubi-tubi
- Ong Kian Ming kongsi gambar tolong mangsa banjir pakai baju Armani dikritik netizen
- Demi Allah, saya tak guna helikopter kerajaan – Jovian
- Billie Eilish tonton filem lucah sejak usia 11 tahun
- Resort Aliff Syukri di Janda Baik hampir musnah
- Ramai sayang Mimi Fly
- Saya dah tak ada rumah sekarang – Afieq Shazwan
- Rumah baharu dihanyut banjir, bukan rezeki saya – Ebby Yus
- BN akan bantu sedaya mungkin – Najib
- Bukan desak PRU awal tapi fikirlah secara bijaksana masa terbaik – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis
Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena
You must be logged in to post a comment.