PM arah segera tambah pam alirkan air ke sungai
PM arah segera tambah pam alirkan air ke sungai
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menggerakkan segera 20 aset pam mudah alih ke kawasan terjejas banjir, khususnya di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Itu antara beberapa keputusan dicapai dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, petang tadi.
Ismail Sabri berkata, ia sebagai tambahan kepada empat pam digunakan ketika ini, bagi mengepam air di kawasan yang mengalami banjir genang atau dikenali sebagai ‘banjir termenung’, ke sungai berhampiran.
“Pam tambahan yang diperoleh daripada pelbagai agensi termasuk yang dimiliki Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, akan diguna untuk mengalirkan air genang ke Sungai Klang
“Saya juga bersetuju dengan cadangan supaya beberapa bahagian benteng sungai dipecahkan atau ditebuk buat sementara, untuk mengalirkan air genang dengan segera ke sungai.
“Lokasi penebukan itu sedang dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. BH
Berita lanjut menyusul
PM arah segera tambah pam alirkan air ke sungai
Baca Artikel Menarik :
- Sebahagian kawasan Hulu Langat umpama dilanda tsunami
- Peja dibalun bertubi-tubi
- Ong Kian Ming kongsi gambar tolong mangsa banjir pakai baju Armani dikritik netizen
- Demi Allah, saya tak guna helikopter kerajaan – Jovian
- Billie Eilish tonton filem lucah sejak usia 11 tahun
- Resort Aliff Syukri di Janda Baik hampir musnah
- Ramai sayang Mimi Fly
- Saya dah tak ada rumah sekarang – Afieq Shazwan
- Rumah baharu dihanyut banjir, bukan rezeki saya – Ebby Yus
- BN akan bantu sedaya mungkin – Najib
- Bukan desak PRU awal tapi fikirlah secara bijaksana masa terbaik – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis
Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena
You must be logged in to post a comment.