Banjir di Selangor ragut lapan nyawa

Sebaran :

HULU LANGAT – Banjir yang melanda Selangor setakat ini telah mengorbankan lapan nyawa, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata, kematian akibat banjir itu dilaporkan di Shah Alam dengan empat kematian, Kajang (tiga) dan Sungai Buloh (satu).

Bercakap kepada Bernama selepas melawat mangsa banjir di Batu 18, Kampung Jawa dekat sini pada Isnin, Arjunaidi berkata, kejadian banjir itu turut menjejaskan empat balai polis di bawah kontinjen Selangor serta kediaman melibatkan 3,330 anggota dan pegawai pasukan itu.

“Anggota kita masih meneruskan tugas seperti biasa walaupun balai terjejas. Ini adalah tanggungjawab kita dan proses menyelamat diteruskan walaupun kita berdepan dengan halangan untuk memasuki kawasan banjir,” katanya.



Setakat pagi tadi, seramai 32,044 mangsa banjir telah ditempatkan di 162 pusat pemindahan sementara di sembilan daerah di Selangor, dengan daerah Klang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 18,858 orang.

Sementara itu di Shah Alam, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata, satu mayat lelaki ditemukan pada Sabtu dan dua lagi mayat lelaki ditemukan semalam di kawasan Taman Sri Muda.

“Ketiga-tiga mangsa ditemukan di dalam air banjir, manakala mayat seorang wanita dipercayai warga Indonesia, ditemukan di sebuah rumah di bahagian tingkat atas awal pagi semalam di taman tersebut,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi Bencana Bomba Seri Muda di sini pada Isnin.

Beliau berkata, dua lagi mayat lelaki ditemukan di Dengkil pada Isnin dan seorang mayat pemandu lori lelaki ditemukan di Desa Coalfields, Kuala Selangor semalam.- Bernama



Banjir di Selangor ragut lapan nyawa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bantuan tambahan untuk peniaga mangsa banjir


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *