PM arah segera tambah pam alirkan air ke sungai

Sebaran :

PM arah segera tambah pam alirkan air ke sungai

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menggerakkan segera 20 aset pam mudah alih ke kawasan terjejas banjir, khususnya di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Itu antara beberapa keputusan dicapai dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, petang tadi.

Ismail Sabri berkata, ia sebagai tambahan kepada empat pam digunakan ketika ini, bagi mengepam air di kawasan yang mengalami banjir genang atau dikenali sebagai ‘banjir termenung’, ke sungai berhampiran.



“Pam tambahan yang diperoleh daripada pelbagai agensi termasuk yang dimiliki Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor, akan diguna untuk mengalirkan air genang ke Sungai Klang

“Saya juga bersetuju dengan cadangan supaya beberapa bahagian benteng sungai dipecahkan atau ditebuk buat sementara, untuk mengalirkan air genang dengan segera ke sungai.

“Lokasi penebukan itu sedang dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. BH

Berita lanjut menyusul



PM arah segera tambah pam alirkan air ke sungai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *