Mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang
SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang membabitkan 6,135 keluarga di lapan negeri dengan Perak dan Kuala Lumpur menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu setakat jam 11.20 pagi Ahad.
Berdasarkan laporan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 275 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 6,887 orang diikuti Selangor (5,350), Kelantan (3,877), Melaka (560), Kuala Lumpur (555), Negeri Sembilan (467), Terengganu (267) manakala Perak tiada mangsa direkodkan namun satu PSS dibuka setakat jam 8.05 pagi.
Sementara itu, portal publicinfobanjir.water.gov.my menyenaraikan 18 stesen aras sungai di Pahang melepasi tahap bahaya dengan kebanyakannya menunjukkan bacaan meningkat di daerah Bentong, Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan.
Di Selangor terdapat 10 stesen aras sungai pada tahap sama melibatkan kawasan Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Sepang dan Kuala Selangor.
Situasi sama berlaku di tiga stesen aras sungai di Kelantan bagi kawasan Tanah Merah dan Kuala Krai manakala Perak serta Melaka masing-masing dua stesen dan Terengganu hanya di Sungai Tebak, Kemaman.
Mangsa banjir meningkat kepada 17,963 orang
Baca Artikel Menarik:
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.