Aksesori anti-5G mengandungi radiasi berbahaya

AMSTERDAM – Kalung dan aksesori yang didakwa ‘melindungi’ manusia daripada gelombang rangkaian mudah alih 5G didapati mengandungi radioaktif, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Pihak berkuasa Belanda untuk keselamatan nuklear dan perlindungan sinaran (ANVS) mengeluarkan amaran tentang sepuluh produk yang didapati mengeluarkan sinaran berbahaya itu yang boleh menyebabkan kemudaratan jangka panjang kepada pemakainya.

Tiada bukti bahawa rangkaian 5G berbahaya kepada kesihatan, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata,  rangkaian mudah alih 5G adalah selamat dan pada asasnya, tidak berbeza daripada isyarat 3G dan 4G sedia ada.



Rangkaian mudah alih menggunakan gelombang radio yang tidak merosakkan asid deoksiribonukleik (DNA) manusia.

Produk yang dikenal pasti itu termasuk pelitup muka, gelang dan rantai Energy Armor. Aksesori gelang untuk kanak-kanak berjenama Magnetix Wellness juga didapati mempunyai bahan radioaktif.

‘’Jangan pakai lagi, simpan di tempat selamat dan tunggu arahan pemulangan,’’ kata ANVS dalam satu kenyataan.

‘’Penjual di Belanda yang dikenal pasti  oleh ANVS telah diberitahu bahawa penjualan barangan itu mesti dihentikan serta-merta. Syarikat itu juga perlu memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang perkara ini,’’ jelas kenyataan itu.



Teori konspirasi telah memacu pasaran peranti ‘anti-5G’ yang biasanya didapati tidak memberi kesan buruk.

Pada Mei 2020, Piawaian Dagangan Britain berusaha menghentikan penjualan batang USB berharga £339 (RM1892.70) yang didakwa menawarkan ‘perlindungan’ terhadap isyarat  5G. Alat yang dipanggil ‘pelekat anti-radiasi’ juga telah dijual di syarikat Amazon. – Agensi

Aksesori anti-5G mengandungi radiasi berbahaya


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kepimpinan, MT UMNO Teliti Usul Bahagian Mengenai PRU15 Dan Pemilihan Parti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker