Banjir lumpur di Bentong, 3 termasuk kanak-kanak lelaki hilang

Banjir lumpur di Bentong, 3 termasuk kanak-kanak lelaki hilang

Tiga termasuk seorang kanak-kanak lelaki hilang dipercayai dibawa arus dalam kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani.

Beliau berkata, semua mereka merupakan sebahagian daripada 35 individu yang berada di chalet berkenaan dan terperangkap akibat banjir lumpur pada 11.40 malam tadi.

“Semua (yang hilang) merupakan warganegara tempatan dengan dua lagi, masing-masing seorang dewasa lelaki dan wanita, namun setakat ini, identiti mereka masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan.

Ismail berkata, mangsa yang selamat termasuk lapan kanak-kanak ditemukan dalam keadaan kesejukan setelah berada di luar chalet kerana tidak berani berada dalam chalet yang dibimbangi tidak selamat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sebaik dimaklumkan kejadian dan pasukan penyelamat berjaya menemui mangsa yang terselamat pada 4.09 pagi sebelum operasi membawa keluar tamat pada 8.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya selepas kiraan mangsa dibuat, tiga mangsa tidak ditemui.

Operasi itu dikendalikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands yang dibantu BBP Gombak dan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Pahang.

Operasi mencari mangsa hilang hari ini membabitkan 22 pegawai dan anggota bomba serta tiga anjing pengesan, ditangguhkan pada 6.30 petang tadi, ekoran cuaca gelap dan akan bersambung esok. FMT

Banjir lumpur di Bentong, 3 termasuk kanak-kanak lelaki hilang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker