Syarikat Tenusu Korea Mohon Maaf Iklan Samakan Wanita Dengan Lembu [VIDEO]

Sebaran :

Syarikat Tenusu Korea Mohon Maaf Iklan Samakan Wanita Dengan Lembu [VIDEO]

SEOUL – Gergasi tenusu  Korea Selatan, Seoul Milk meminta maaf berhubung iklan kontroversi syarikat berkenaan yang tular di media sosial kerana didakwa menghina wanita, lapor laman berita Wion News semalam.

Akhbar The Korea Herald melaporkan bahawa iklan tersebut dimuat naik di saluran YouTube Seoul Milk pada 29 November lalu dan dialih keluar pada 8 Disember lepas.

Pengkritik-pengkritik menggariskan dua masalah pada iklan tersebut, termasuk menggambarkan wanita seperti lembu tenusu dan promosi jenayah ‘molka’ iaitu melakukan rakaman tanpa persetujuan orang yang dirakam.



“Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua yang tidak selesa oleh video iklan susu yang dimuat naik ke saluran YouTube rasmi Seoul Milk pada 29 November lalu.

“Kami memandang  serius perkara ini dan akan menjalankan siasatan dalaman. Kami juga akan  lebih berhati-hati supaya insiden serupa  tidak berlaku di masa hadapan,”  kata syarikat induk Seoul Milk,  Seoul Daily Cooperative dalam satu kenyataan seperti yang dipetik akhbar The Korea Herald.

Iklan itu memaparkan  seorang lelaki di sebuah kawasan di pedalaman Korea Selatan yang menghendap sekumpulan wanita berpakaian putih sedang minum air.

Suara latar kemudian berkata: ‘’Kami memutuskan untuk mendekati mereka dengan hati-hati. Mereka minum air bersih dari alam semula jadi, makan makanan organik dan hidup aman dalam persekitaran yang menyenangkan.’’



Iklan itu seterusnya menunjukkan apabila kumpulan wanita itu didekati, mereka bertukar menjadi lembu selepas lelaki itu secara tidak sengaja terpijak ranting. – Agensi

Syarikat Tenusu Korea Mohon Maaf Iklan Samakan Wanita Dengan Lembu [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *