Umno perlu kerjasama dengan PAS – Annuar

Umno perlu kerjasama dengan PAS – Annuar

Bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa memberikan bayangan bahawa parti itu perlu menerima kerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut Annuar, pendirian PAS untuk meneruskan kerjasama dengan Umno seperti yang diterjemahkan dalam muktamarnya baru-baru ini, perlu dilihat secara positif.



“Saya mengikuti dengan rapat muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan resolusi yang diputuskan di muktamar tersebut.

“PAS telah mengambil satu langkah strategik bila mengistiharkan dasar meneruskan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Pendirian PAS harus dilihat secara positif dan terbuka. Strategi PRU15 perlu digarap rapi dan bukan atas dasar emosi, atau kepentingan diri,” kata Annuar dalam satu kenyataan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata PRU perlu disegerakan sebaik saja Umno bersiap siaga daripada semua sudut.



“Salah satu dari kesiapsiagaan terpenting adalah the winning formula, formula untuk menang. Menyegerakan PRU bagi memenuhi tujuan lain, tetapi jika membawa padah, adalah satu tindakan “kamikaze” politik buat Umno. Kita harus elakkan itu.

“Kita harus membuat kajian terperinci dan objektif. Data dan hasil penyelidikan yang rapi diperlukan. Kesilapan lampau jangan berulang,” kata Annuar.

Umno perlu kerjasama dengan PAS – Annuar


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker