Akta 342: Kompaun RM1,000 pun perit, inikan pula RM10,0000
Akta 342: Kompaun RM1,000 pun perit, inikan pula RM10,0000
Denda RM1,000 semasa pun sudah menyakitkan, inikan pula hendak ditambah.
Itu luahan orang ramai mengenai cadangan penambahan kadar nilai kompaun dalam Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Kanmani Selvaraju, 23, berpendapat kerajaan sewjarnya tidak bertindak terburu-buru meluluskan pindaan tersebut kerana rakyat Malaysia masih dalam proses pemulihan dari segi ekonomi selepas negara dilanda pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Semasa pandemik, semua orang tiada duit. Ramai orang yang kehilangan pekerjaan dan semua orang belum pulih lagi,” luahnya.
Kanmani Selvaraju
Jelasnya, jumlah kompaun maksimum RM1,000 yang dikenakan pada masa ini masih boleh diterima walaupun tinggi dan membebankan.
Namun, katanya, jumlah kompaun itu sesuai dinaikkan sekiranya seseorang individu melakukan kesalahan pelanggaran prosedur operasi standaed (SOP) berulang kali.
Pandangan Kanmani turut disokong Normala Kamaruddin, 47, yang menyifatkan kadar kompaun kepada seseorang individu yang ingkar SOP ditingkatkan secara berkala sekiranya terus melakukan kesalahan sama.
“Naik tu berkadarlah, tak bolehlah naik terus kepada RM10,000 atau RM20,000. Itu dah membebankan rakyat pula.
”Kalau RM1,000 ke RM1,500 kemudian RM2,000 bolehlah kita terima,” katanya.
Normala Kamaruddin
Dalam pada itu, Ahmad Faez Bahari, 35, pula berpendapat kerajaan harus terus mendidik rakyat secara kolektif untuk mematuhi SOP daripada peningkatan kadar kompaun.
Beliau mengakui kompaun dikenakan untuk individu melakukan kesalahan sebagai suatu usaha kerajaan mendidik dan mendisiplinkan rakyat,
Namun kaedah yang dipilih oleh kerajaan agak kasar.
“Kerajaan perlu kaji semula kemampuan rakyat dari segi kesihatan mental dan kewangan, sama ada mampu atau tidak untuk bayar kompaun biarpun nilai kompaun RM1,000 sekalipun,” ulasnya.
Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) terlebih dahulu sebelum bacaan kedua dan ketiga di Dewan Rakyat, Isnin ini.
Mengikut rang undang-undang itu, individu yang melakukan kesalahan melanggar SOP boleh dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 pada masa ini. MG
Akta 342: Kompaun RM1,000 pun perit, inikan pula RM10,0000
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.