Malta negara Eropah pertama halalkan ganja
Malta negara Eropah pertama halalkan ganja
Malta muncul sebagai negara Eropah pertama menghalakan ganja untuk kegunaan peribadi dan undang-undangnya akan diluluskan dalam minggu ini.
Sebelum ini, menghisap ganja di tempat umum dan juga di hadapan kanak-kanak merupakan satu kesalahan yang boleh didenda di negara tersebut.
Namun pemilikan dan penanaman pokok ganja dibenarkan di Malta.
Kini menerusi undang-undang yang akan diluluskan kelak, mana-mana individu berusia 18 tahun dan ke atas boleh memiliki maksimum tujuh gram ganja secara sah dan boleh menanam maksimum empat pokok ganja.
Selain membenarkan orang dewasa menggunakan ganja secara peribadi, negara itu juga mengambil langkah menunbuhkan jabatan kawal selia ganja yang pertama di Eropah.
Walaupun sebilangan kecil negara di benua Eropah telah menjadikan penggunaan ganja bukan satu jenayah, Malta akan menjadi negara pertama yang bakal mengesahkan kegunaan ganja secara peribadi di sisi undang-undang.
Untuk penanaman ganja untuk kegunaan peribadi, seseorang itu boleh menyimpan hingga 50 gram daun ganja kering, menurut laporan agensi berita.
Peraturan baharu Malta membenarkan penubuhan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mengedarkan biji benih tanaman kanabis dan ganja menerusi peraturan baharu itu kelak.
Pihak berkuasa juga akan bekerjasama dengan kerajaan mengenai pembentukan dasar negara yang boleh mengawal penggunaan bahan berkenaan.
Menteri yang membawa undang-undang baharu itu, Owen Bonnici berkata, pakej berkenaan bagaimanapun mewujudkan sistem kawal selia dan melindungi kanak-kanak bawah umur serta masyarakat secara keseluruhannya.
Namun draf yang bakal diluluskan itu tidak menerima sokongan pembangkang yang mendakwa ia hanya akan meningkatkan penyalahgunaan dadah di negara tersebut.- Metro.co.uk
Malta negara Eropah pertama halalkan ganja
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a