Lala dan kepah terdampar di pantai

Sebaran :

Lala dan kepah terdampar di pantai

ROMPIN – Fenomena kewujudan lala, siput dan kepah di sekitar Pantai Pontian di sini mengejutkan orang ramai dan penduduk setempat.

Kewujudan lala yang ‘terdampar’ di pantai berkenaan sejak minggu lalu membuatkan orang ramai mula datang ke pantai berkenaan bagi mengutip lala berkenaan.

Seorang penduduk Rosli Sulong,51, berkata dia menjadi antara individu terawal menemui lala berkenaan yang bertaburan di atas pasir pantai di Kuala Pontian di sini.



“Saya memang biasa datang menjala ikan di sini dan ketika datang baru-baru ini saya terasa kaki saya terpicak cengkerang yang kemudian pecah.

“Apabila saya lihat terdapat lala berada di bawah pasir dan apabila berjalan ke hadapan saya dapat lihat begitu banyak lala sehingga di satu tempat sahaja dapat mengumpul seguni,”katanya yang berasal dari Sungai Puteri di sini hari ini.

Menurutnya, dia bersama isteri serta adik beradiknya mengambil kesempatan mengambil lala berkenaan yang diisi di dalam guni yang dibawa.

Katanya, lala berkenaan yang masih hidup dijadikan sajian serta diberikan kepada sanak saudara, jiran dan rakan-rakan.



Dalam pada itu seorang penduduk Azhar Abdullah, 22, berkata dia dan rakan-rakanya turun ke pantai hampir setiap petang bagi mencari kepah untuk dijadikan sajian keluarga.

Katanya, walaupun semakin berkurangan namun kepah bersaiz kecil itu masih terdapat di dalam air pantai di sekitar Pantai Pontian hingga ke kawasa Tanjung Gemok itu.

“Kami menggunakan besi mata tiga untuk mencari dan menarik kepah,dan setiap petang saya boleh dapat satu bekas untuk dibawa pulang,”katanya.

Sementara itu Pengarah Perikanan negeri, Abdullah Jaafar berketa, kejadian berkenaan merupakan fenomena biasa akibat perubahan cuaca menyebabkan pergerakan lala dan kepah berkenaan. K Online



Lala dan kepah terdampar di pantai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *