Covid-19: 24 Kes Omicron Telah Disahkan Singapura Setakat Khamis

Covid-19: 24 Kes Omicron Telah Disahkan Singapura Setakat Khamis

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesan 24 kes Omicron yang disahkan di republik itu setakat Khamis (16 Dis), dengan 21 kes import dan tiga kes tempatan.

“Memandangkan kebolehjangkitannya yang tinggi dan merebak ke banyak bahagian dunia, kita harus menjangkakan untuk menemui lebih banyak kes Omicron di sempadan negara dan juga dalam komuniti kita,” kata MOH dalam satu kenyataan Khamis malam.



MOH berkata ia mengesan satu lagi ujian awal kes COVID-19 tempatan yang positif varian Omicron pada Khamis.

“Kes yang lengkap divaksin itu menunjukkan gejala tidak ketara, dan sedang pulih di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID),” kata kenyataan itu.

MOH mengambil maklum bahawa pihaknya sedang menghalang penularan kes melalui pengesanan kontak.



Dilabel sebagai Kes 276615, ia melibatkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pembantu pemuatan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan tidak mempunyai kontak dengan penumpang penerbangan.

Beliau mengalami demam pada 8 Dis dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik Perubatan Awam (GP) dan melakukan ujian COVID-19.

Keputusan ujiannya kembali positif COVID-19 pada hari berikutnya, dan diletakkan dalam Program Pemulihan Rumah.

Disebabkan beliau kemudiannya dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sebelumnya, sampelnya diuji untuk varian Omicron pada 16 Dis dan keputusan awal menunjukkan positif.



Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan sedang menjalankan penjujukan genom keseluruhan untuk mengesahkan varian dan pengesanan hubungan sedang dijalankan, kata kenyataan itu.

Singapura melaporkan dua kes COVID-19 varian Omricon import pertama yang disahkan pada 6 Dis. Kedua-dua kes tiba dari Johannesburg menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ479 pada 1 Dis.– BERNAMA

Covid-19: 24 Kes Omicron Telah Disahkan Singapura Setakat Khamis



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker